awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tandatangan perintah eksekutif perluas akses ganja

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2025
22:00 MYT
Trump tandatangan perintah eksekutif perluas akses ganja
Trump berakta ramai rakyat telah “merayu” agar perubahan ini dilaksanakan, khususnya pesakit yang mengalami penyakit kronik. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah menandatangani satu perintah eksekutif yang akan memperluas akses kepada ganja, menandakan perubahan paling besar dalam dasar dadah negara itu sejak beberapa dekad lalu.
Perintah itu mengarahkan Peguam Negara AS untuk mengklasifikasikan semula ganja daripada kategori dadah Jadual I, yang setaraf dengan heroin dan LSD, kepada Jadual III, iaitu kategori yang turut merangkumi ubat seperti Tylenol dengan kodin, ketamin dan steroid anabolik.
Walaupun ganja kekal haram di peringkat persekutuan, pengelasan baharu ini akan membolehkan penyelidikan perubatan dijalankan dengan lebih meluas terhadap potensi manfaatnya.
Trump berakta ramai rakyat telah “merayu” agar perubahan ini dilaksanakan, khususnya pesakit yang mengalami penyakit kronik, kanser, gangguan sawan, serta veteran yang mengalami kecederaan berkaitan perkhidmatan.
“Ganja, seperti ubat tahan sakit preskripsi, mempunyai kegunaan sah tetapi juga boleh membawa kesan buruk yang tidak dapat dipulihkan,” kata Trump semasa majlis menandatangani perintah itu di Pejabat Oval pada Khamis.
Langkah ini turut memberi implikasi cukai kepada perniagaan ganja yang sah di peringkat negeri, memandangkan klasifikasi semasa menghalang mereka daripada menuntut potongan cukai tertentu.
Sebagai tambahan, Trump turut mengarahkan pegawai White House bekerjasama dengan Kongres untuk membolehkan akses terhad kepada cannabidiol (CBD), sebatian bukan psikoaktif dalam ganja yang sering digunakan untuk tujuan perubatan.
Pegawai kesihatan juga ditugaskan membangunkan kaedah untuk menilai manfaat dan risiko CBD dalam dunia sebenar.
Langkah ini menerima pujian daripada kumpulan reformasi dasar ganja.
Pengerusi Coalition of Cannabis Scheduling Reform, Tim Barash, menyifatkan ia sebagai “perubahan asas” dalam persepsi kerajaan dan masyarakat terhadap ganja.
“Ia akan memperkasakan 425,000 pekerja industri ganja AS dan menarik lebih banyak bakat, pelaburan serta kesedaran terhadap industri yang memberi kesan positif kepada jutaan orang,” katanya.
Namun, langkah ini turut menerima tentangan daripada beberapa ahli parlimen Republikan.
Seramai 22 senator menghantar surat terbuka kepada Trump, menyatakan kebimbangan bahawa pengesahan ganja akan menjejaskan usaha membangunkan semula industri negara dan memberi mesej salah kepada generasi muda.
Satu lagi surat kepada Peguam Negara Pam Bondi menyatakan bahawa “tiada data saintifik mencukupi” untuk menyokong perubahan ini, dan menyifatkan ganja masih berisiko disalah guna walaupun tidak setaraf heroin.
Walau bagaimanapun, tinjauan pendapat menunjukkan majoriti rakyat AS menyokong usaha untuk menghalalkan ganja.
Tinjauan Gallup pada November lalu mendapati 64 peratus rakyat AS menyokong pengesahan ganja, walaupun sokongan dalam kalangan pengundi Republikan menurun sebanyak 13 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#ganja
#Dasar Dadah Negara
#penyelidikan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan