awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Penghantar makanan dipenjara setahun, sebat subahat tipu pinjaman telefon bimbit
GAYA HIDUP
HUAWEI MatePad Pro 12.2” bawa kuasa PC ke dalam gaya hidup digital
MALAYSIA
Penyelam mengaku tidak salah buat hantaran jelik terhadap Nurul Izzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Trump tangguh tarikh akhir jual atau larang TikTok untuk kali ketiga

Bernama
Bernama
20/06/2025
04:15 MYT
Trump tangguh tarikh akhir jual atau larang TikTok untuk kali ketiga
Dua lanjutan sebelum ini yang diberikan Trump berakhir tanpa penyelesaian seperti yang dijanjikan.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi melanjutkan tarikh akhir bagi syarikat induk TikTok yang berpangkalan di China, Bytedance untuk menjual platform video itu kepada pemilik dari Amerika Syarikat atau berdepan larangan operasi di negara itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Donald Trump melanjutkan lagi tempoh 90 hari untuk syarikat China, Bytedance, menjual TikTok kepada syarikat AS atau menghadapi larangan operasi, selepas lanjutan terdahulu berakhir tanpa hasil.
  • Isu utama berkaitan algoritma TikTok, yang didakwa boleh digunakan oleh kerajaan China untuk mempengaruhi pengguna AS, walaupun dakwaan ini dinafikan oleh TikTok dan Bytedance.
  • Undang-undang China menyulitkan penjualan algoritma ke luar negara, kerana memerlukan kelulusan rasmi dari Beijing, walaupun undang-undang AS melarang China atau Bytedance daripada memiliki kawalan ke atasnya.

Trump pada Khamis menandatangani satu perintah eksekutif yang diumumkan menerusi platform Truth Social miliknya, memberikan lanjutan selama 90 hari lagi.
Dua lanjutan sebelum ini yang diberikan Trump berakhir tanpa penyelesaian seperti yang dijanjikan.
Menurut undang-undang yang ditandatangani ketika era Presiden Joe Biden, TikTok sepatutnya telah dijual atau dihentikan operasinya di AS pada 19 Januari lalu.
Namun, Trump yang mengambil alih jawatan presiden pada Januari lalu telah memberikan lanjutan selama 75 hari, dan ketika itu turut membuka ruang untuk lanjutan tambahan jika perlu -- walaupun undang-undang sedia ada tidak memperuntukkan langkah sedemikian.
Awal tahun ini, Trump turut menyatakan kesediaan untuk mengurangkan tarif ke atas China sekiranya kerajaan negara itu meluluskan penjualan TikTok.
"Mungkin saya akan beri sedikit pengurangan tarif atau sesuatu yang dapat menyelesaikan urusan ini," katanya ketika itu.
Pada 2020, Trump pernah cuba mengharamkan TikTok semasa penggal pertamanya sebagai presiden melalui perintah eksekutif, namun usaha itu digagalkan oleh mahkamah AS.
Bagaimanapun, sejak kempen pilihan raya lalu, Trump dilihat semakin lunak terhadap aplikasi berkenaan.
Algoritma TikTok, yang menentukan kandungan video mana akan dipaparkan kepada pengguna, menjadi isu utama dalam perdebatan. Pengkritik TikTok mendakwa kerajaan China boleh menyalahgunakan algoritma itu untuk mempengaruhi pendapat awam di AS -- dakwaan yang dinafikan oleh TikTok dan Bytedance.
Undang-undang AS kini menetapkan bahawa kerajaan China mahupun Bytedance tidak boleh memiliki kawalan terhadap algoritma berkenaan.
Namun di bawah undang-undang China, sebarang penjualan perisian algoritma ke luar negara memerlukan kelulusan daripada kerajaan Beijing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#TikTok
#melanjutkan tarikh akhir
#larangan operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami