DUNIA
Trump tetap tolak Ukraine sertai NATO, tegaskan tiada tentera akan dikerah bertempur

Pada Isnin, Trump menerima kunjungan Zelenskyy bersama tujuh pemimpin Eropah di Rumah Putih untuk membincangkan usaha menamatkan konflik Rusia-Ukraine. - Gambar fail/ AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengarahkan pasukannya membangunkan rangka kerja jaminan keselamatan bagi menjamin keamanan berkekalan di Ukraine, lapor Xinhua pada Selasa memetik jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt.
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump mengarahkan pembangunan rangka kerja jaminan keselamatan untuk menjamin keamanan berkekalan di Ukraine, sambil menolak penyertaan Ukraine ke dalam NATO dan menegaskan tiada tentera AS akan dikerahkan ke medan perang.
- Rumah Putih sedang membuat persiapan untuk kemungkinan pertemuan antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, dengan kedua-dua pihak menunjukkan kesediaan berdialog.
- Kementerian Luar Rusia memberi amaran bahawa penempatan tentera NATO di Ukraine boleh mencetuskan konflik tidak terkawal, sementara Trump telah bertemu Zelenskyy dan tujuh pemimpin Eropah di Rumah Putih untuk membincangkan penyelesaian konflik.
Trump sekali lagi menolak secara tegas penyertaan Ukraine ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Sementara itu, Kementerian Luar Rusia berkata pihaknya menentang sebarang senario yang melibatkan penempatan tentera NATO di Ukraine, dengan memberi amaran langkah sedemikian boleh mencetuskan peningkatan konflik yang tidak terkawal serta berisiko membawa akibat tidak dijangka.
Pada Isnin, Trump menerima kunjungan Zelenskyy bersama tujuh pemimpin Eropah di Rumah Putih untuk membincangkan usaha menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Perbincangan itu menyusul selepas pertemuan Trump dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Alaska pada Jumaat lalu, yang menyaksikan beberapa kemajuan dicapai namun tiada perjanjian muktamad dibuat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami