awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tinggalkan White House buat kali terakhir sebagai Presiden AS

Agensi
Agensi
20/01/2021
14:24 MYT
Trump tinggalkan White House buat kali terakhir sebagai Presiden AS
Donald Trump meninggalkan White House buat kali terakhir, beberapa jam sebelum Joe Biden meneruskan warisan sebagai presiden ke-46. - Foto AP
WASHINGTON:Donald Trump meninggalkan White House buat kali terakhir sebagai Presiden Amerika Syarikat, beberapa jam sebelum Joe Biden meneruskan warisan sebagai Presiden AS ke-46.
Trump yang sempat melambaikan tangan kepada khalayak ramai di situ turut mengucapkan bahawa ia adalah sebagai satu penghormatan besar untuk berada di dalam Rumah Putih tersebut.
“Adalah satu penghormatan besar, penghormatan seumur hidup.
“Orang-orang terhebat di dunia, rumah terbesar di dunia," kata Trump kepada wartawan, sebelum menaiki helikopter Marine One, di South Lawn, Rumah Putih.
Trump menaiki helikopter Marine One, di South Lawn, meninggalkan Rumah Putih.
Trump meninggalkan Rumah Putih dengan menaiki helikopter Marine One.
Marine One akan membawa Trump dan isterinya Melania Trump ke pangkalan tentera Joint Base Andrews, Maryland, di mana Trump dijadualkan memberi ucapan serta mengadakan majlis perpisahan.
Dari Joint Base Andrews, Trump dan Melania akan meneruskan penerbangan ke Palm Beach, Florida, dengan pesawat kepresidenan AS, Air Force One.
Ini akan menjadi momen terakhir Trump terbang dengan pesawat rasmi Presiden AS.
Trump memecah tradisi apabila membuat keputusan untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah bekas Naib Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat sebagai Presiden baharu AS yang ke-46 di Washington pada Rabu.
BACA: Isu perpaduan dijangka bertambah baik di bawah pentadbiran Joe Biden
BACA: Hari terakhir Trump di White House
Angkat sumpah Biden | Hubungan China - AS dijangka semakin baik
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#AS
#Washington
#Amerika Syarikat
#pesawat
#presiden
#penerbangan
#Joe Biden
#Presiden Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan