awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ugut Brazil dengan tarif 50%, desak penamatan perbicaraan Bolsonaro

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2025
23:30 MYT
Trump ugut Brazil dengan tarif 50%, desak penamatan perbicaraan Bolsonaro
Bolsonaro kini sedang dibicarakan atas dakwaan cuba menggulingkan keputusan pilihan raya 2022.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah mencetuskan ketegangan diplomatik baharu dengan Brazil selepas mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif setinggi 50 peratus ke atas semua barangan import dari Brazil, sambil menuntut agar perbicaraan terhadap bekas Presiden Jair Bolsonaro dihentikan serta-merta.
Dalam surat rasmi yang dikongsi di platform media sosialnya, Trump menyifatkan perbicaraan Bolsonaro sebagai “Witch Hunt” dan “aib antarabangsa”.
Beliau turut menuduh kerajaan Brazil melakukan serangan terhadap syarikat teknologi AS dan menyekat kebebasan bersuara melalui arahan mahkamah yang dikenakan ke atas platform media sosial milik AS.
Bolsonaro kini sedang dibicarakan atas dakwaan cuba menggulingkan keputusan pilihan raya 2022, termasuk tuduhan merancang rampasan kuasa dan cubaan membunuh Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.
Trump, yang mempunyai hubungan rapat dengan Bolsonaro sejak penggal pertama mereka, menyatakan bahawa tindakan undang-undang terhadap bekas pemimpin Brazil itu adalah bermotifkan politik.
Presiden Lula membalas kenyataan Trump dengan tegas, menyatakan bahawa Brazil tidak akan menerima sebarang “campur tangan luar” dan menegaskan bahawa “tiada siapa yang berada di atas undang-undang”.
Tarif 50 peratus yang diumumkan oleh Trump merupakan peningkatan besar berbanding kadar 10 peratus yang dikenakan pada April lalu.
Brazil merupakan rakan dagang ke-15 terbesar AS, dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah AS$92 bilion pada 2024.
Walaupun AS menikmati lebihan dagangan dengan Brazil, Trump tetap menyifatkan hubungan perdagangan itu sebagai “tidak adil” dan mengarahkan siasatan rasmi terhadap amalan perdagangan Brazil di bawah Akta Perdagangan 1974.
Pasaran kewangan Brazil menunjukkan reaksi negatif terhadap pengumuman tersebut, dengan mata wang real jatuh lebih 2 peratus berbanding dolar AS.
Kedutaan AS di Brasilia turut mengeluarkan kenyataan menyokong Trump, menyifatkan tindakan terhadap Bolsonaro sebagai “penganiayaan politik yang memalukan”.
Sementara itu, penganalisis antarabangsa memberi amaran bahawa langkah ini boleh mencetuskan perang perdagangan baharu dan menjejaskan kestabilan ekonomi serantau.
Trump juga memberi amaran bahawa tarif tambahan akan dikenakan jika Brazil bertindak balas secara negatif, namun menawarkan pengecualian jika syarikat Brazil memilih untuk menghasilkan produk di AS.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tarif
#Jair Bolsonaro
#perbicaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan