Trump umum Patrick Shanahan sebagai Setiausaha Pertahanan AS baharu

Astro Awani
Disember 24, 2018 02:17 MYT
Patrick Shanahan bercakap kepada media di pintu masuk Pentagon, 19 Dis, 2018. (Foto AP/Fail)
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Pertahanan, Patrick Shanahan sebagai pemangku Setiausaha Pertahanan AS bermula Januari 2019.
Trump membuat pengumuman itu melalui akaun Twitter miliknya.
Pelantikan itu dibuat tiga hari selepas Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis umum meletak jawatan.
Peletakan jawatan Mattis ini berlaku sehari selepas Trump umum mengundurkan tentera dari Syria.
Shanahan yang merupakan seorang eksekutif Boeing dicalonkan menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pertahanan pada 2017.
#Amerika Syarikat #AS #Donald Trump #Jim Mattis #letak jawatan #Patrick Shanahan #Setiausaha Pertahanan #Syria #tentera