Enam penumpang dan seorang juruterbang maut apabila helikopter yang mereka naiki terhempas ke dalam lohong glasier di New Zealand akibat cuaca pada Sabtu, lapor AFP.
Helikopter pesiaran itu menjunam ke kawasan Fox Glacier, yang merupakan tapak pelancongan popular di pantai barat South Island, dalam keadaan cuaca mendung dan hujan lebat.
Pasukan paramedik dan penyelamat kawasan tanah tinggi yang berada di lokasi kemalangan mengesahkan tiada yang selamat dalam tragedi berkenaan.
Menurut Pegawai Keselamatan yang terlibat, John Canning, usaha menyelamat akan hanya bermula dalam masa beberapa hari kerana cuaca yang tidak menentu.
Identiti mangsa termasuk juruterbang tidak akan diumumkan sehingga keluarga mereka dimaklumkan mengenai tragedi itu, bagaimanapun Canning mengesahkan juruterbang adalah seorang lelaki tempatan.
Lima tahun lalu, sembilan termasuk empat penerjun udara terbunuh apabila pesawat yang membawa mereka terhempas selepas berlepas dari lapangan terbang Fox Glacier.
Fox Glacier sepanjang 13 kilometer itu disenaraikan sebagai salah satu daripada glasier yang paling mudah diakses dan menarik beribu-ribu kedatangan pelancong setiap tahun.
Agensi
Sat Nov 21 2015
Helikopter persiaran itu menjunam ke lohong di kawasan Fox Glacier pada Sabtu, yang merupakan satu tapak pelancongan popular di pantai barat South Island - Foto AFP
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Tujuh maut helikopter terhempas dalam glasier New Zealand
Sebuah helikopter terhempas ke dalam lohong glasier di New Zealand menyebabkan enam penumpang termasuk seorang juruterbang maut.