awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunang Jamal Khashoggi tolak pelawaan Trump ke Rumah Putih

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2018
01:22 MYT
Tunang Jamal Khashoggi tolak pelawaan Trump ke Rumah Putih
Cenghiz bimbang pelawaan Presiden AS itu sekadar publisiti murahan. - Gambar fail
Tunang wartawan Arab Saudi yang mati dibunuh, Hatice Cenghiz mendedahkan bahawa beliau menolak pelawaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Rumah Putih.
Menurut Cenghiz, beliau bimbang pelawaan itu sekadar publisiti murahan.
"Trump mempelawa saya ke Rumah Putih. Tapi, saya melihat ia sebagai cara beliau untuk memenangi hati semua orang," katanya semasa ditemubual agensi penyiaran Haberturk, semalam.
Dalam temubual itu, Cenghiz turut mendedahkan maklumat terperinci mengenai pembunuhan kejam Jamal Khashoggi.
Cenghiz turut dilihat berhenti beberapa kali sambil menahan air mata sepanjang temubual dijalankan.
Beliau menerangkan wujud kebimbangan bahawa Khashoggi mungkin diapa-apakan jika masuk ke konsulat Arab Saudi di Istanbul.
Namun, beliau berfikiran positif dan percaya tunangnya tidak akan ditangkap atau dicederakan di bumi Turki.
Keyakinan itu ditambah pula layanan baik kakitangan konsulat berkenaan semasa kunjungan Khashoggi pada akhir September.
Sejak dilaporkan tidak keluar dari pejabat konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, Riyadh mengeluarkan pelbagai versi kenyataan mengelirukan dengan yang pertama mendakwa Khashoggi telah meninggalkan bangunan konsulat itu sebaik urusannya selesai.
Berikutan desakan dan tekanan pelbagai pihak, khususnya daripada Ankara, Riyadh kemudian mengakui Khashoggi ‘meninggal dunia’ di pejabat konsulat itu selepas terbabit dalam pergaduhan dengan pihak yang menemui beliau.
Bagaimanapun, susulan pendedahan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bahawa Ankara mempunyai bukti kolumnis akhbar The Washington Post yang juga rakyat Arab Saudi itu mati dibunuh, Riyadh sekali lagi mengeluarkan kenyataan bercanggah daripada yang terdahulu.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyifatkan pembunuhan Khashoggi sebagai perbuatan kejam dan berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya.
Setakat ini, Arab Saudi sudah menangkap 18 individu dan memecat pegawai berpangkat jeneral yang terbabit dalam kes itu.
Khashoggi dipercayai dibunuh sekumpulan 15 anggota pasukan khas perisik, termasuk lima pegawai kanan yang rapat dengan Putera Mohammed, 2 Oktober lalu.
Sehingga kini, penyiasat Turki masih mencari di mana mayat Khashoggi dibuang.
Trump yang mempunyai hubungan baik dengan Arab Saudi pula seakan-akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung pembunuhan Khashoggi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Hatice Cenghiz
#Jamal Khashoggi
#publisiti murahan
#Rumah Putih
#tunang
#wartawan
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan