awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki mahu lanjutkan lagi perintah darurat

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2018
22:16 MYT
Turki mahu lanjutkan lagi perintah darurat
Perintah darurat sedia ada di Turki bakal tamat pada Jumaat, 19 Januari ini dan dijangka dilanjutkan lagi. - Gambar AP
Turki dijangka umum lanjutan perintah darurat buat kali keenam sejak ia dilaksanakan susulan cubaan rampasan kuasa pada Julai 2016.
Perintah itu yang pertama kalinya berkuat kuasa pada 15 Julai 2016, memberikan kuasa kepada kerajaan memburu suspek penyokong ulama Fethullah Gullen yang didakwa pentadbiran Presiden Recep Tayyip Erdogan sebagai dalang rampasan kuasa.
Gullen bagaimanapun sehingga kini mempertahankan beliau tidak mempunyai kaitan langsung dengan cubaan rampasan kuasa tersebut.
Lanjutan perintah darurat bagi tempoh tiga bulan disarankan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Kebangsaan Turki yang berlangsung pada Rabu.
Ia kemudian perlu mendapat kelulusan Majlis Menteri-menteri dan dikemukakan ke parlimen untuk diluluskan.
Perintah darurat sedia ada bakal tamat pada Jumaat, 19 Januari ini.
Ankara mempertahankan tindakan melanjutkan perintah darurat atas alasan cubaan rampasan kuasa berkenaan disifatkan terlampau serius dan rangkaian penyokong Gullen masih mengancam keselamatan negara itu.
Cubaan rampasan kuasa menyaksikan tentera pro pembangkang menyerang bangunan Parlimen dan beberapa bangunan kerajaan, hingga menyebabkan 250 nyawa terkorban.
Pelaksanaan perintah darurat juga menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) menangguhkan rundingan keanggotaan blok itu dengan Turki.
Topic Berkaitan
#Ankara
#EU
#Fethullah Gullen
#kerajaan
#Kesatuan Eropah
#keselamatan
#Parlimen
#rampasan kuasa
#suspek
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan