Skip to main content

Dunia

Turki pastikan isu senjata nuklear Israel dalam agenda global

51700524333_RecepTayyipErdogan.jpg
ANKARA: Turki tidak akan membenarkan isu senjata nuklear Israel digugurkan daripada agenda global.

Presidennya, Recep Tayyip Erdogan turut membidas sokongan Eropah untuk Israel dengan mengambarkannya sebagai "keaiban holocaust."

Bercakap selepas mesyuarat kabinet, Erdogan berkata, barat cuba "membenarkan" jenayah perang dan jenayah kemanusiaan Israel di Gaza.

Tambahnya, negara barat juga mempunyai "persaudaraan pembohongan" dengan Israel yang disebutnya "memalukan."

Erdogan turut menyatakan "keaiban holocaust" telah menjadikan pemimpin Eropah sebagai tebusan.




Advertisement

Must Watch Video