awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki saman Twitter kerana siar kandungan propaganda pengganas

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
12/12/2015
02:44 MYT
Turki saman Twitter kerana siar kandungan propaganda pengganas
Pemantau Komunikasi Turki saman rangkaian sosial, Twitter kerana gagal menyekat kandungan yang didakwa mengandungi propaganda pengganas di laman sosialnya.
Pemantau Komunikasi Turki bertindak menyaman pengendali rangkaian sosial, Twitter kerana didakwa gagal menyekat kandungan yang dikatakan mengandungi propaganda pengganas di laman sosialnya.
Menurut Reuters, seorang pegawai dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turki (BTK) dilaporkan berkata denda sejumlah $TRY51,000 (RM74,000) akan dikenakan kepada syarikat Twitter kerana tidak menyekat kandungan yang didakwa mengandungi propaganda pengganas.
Pihak BTK telah mengemukakan keputusannya itu kepada ibu pejabat syarikat Twitter di San Francisco, California.
Memetik laporan Anadolu News Agency, tindakan itu diambil berdasarkan undang-undang 2007 berkenaan 'memerangi jenayah yang dilakukan melalui penyiaran rangkaian internet'.
Bagaimanapun, tiada sebarang butiran yang dikeluarkan oleh BTK berkenaan kandungan tersebut, kecuali mendakwa ia menggesa tindakan keganasan di kalangan rakyat.
Difahamkan, sebelum keputusan itu dibuat, mahkamah Turki dilapor telah mengarahkan syarikat Twitter untuk membuang kandungan yang dianggap tidak sah itu, namun syarikat itu dikatakan tidak mematuhi arahan tersebut.
Facebook yang juga membawa kandungan tersebut dilapor berjaya mengeluarkannya dalam tempoh 24 jam.
Bagaimanapun, tiada sebarang reaksi daripada pihak Twitter sehingga kini.
Ini merupakan kali pertama Turki menyaman sebuah laman web media sosial yang popular.
Sebelum ini, pihak berkuasa Turki menyekat laman Twitter, YouTube dan Facebook buat sementara waktu kerana gagal untuk menyekat kandungan yang disifatkan sebagai tidak sah atau diharamkan.
Pada 6 April lalu, Turki menyekat akses ke laman Twitter, YouTube dan Facebook atas penyiaran gambar pendakwa raya yang dibunuh oleh sekumpulan militan di Istanbul pada 31 Mac lalu.
Larangan itu ditarik balik tidak lama selepas media sosial berkenaan berjaya memadam imej tersebut dari laman sosialnya.
Topic Berkaitan
#propaganda
#saman
#Turki
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan