awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki tahan 7 individu disyaki intip, jual maklumat pada Mossad, Israel

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2024
22:00 MYT
Turki tahan 7 individu disyaki intip, jual maklumat pada Mossad, Israel
Orang ramai menyertai tunjuk perasaan menyokong rakyat Palestin di Gaza semasa perhimpunan protes di Istanbul, Turki pada 17 Februari lalu. - Foto AP
ISTANBUL: Polis Turki pada Selasa menahan tujuh orang, termasuk seorang detektif peribadi yang disyaki mengintip dan menjual maklumat untuk perkhidmatan perisikan Mossad Israel.
Operasi oleh agensi perisik Turki dan polis anti-keganasan Istanbul menunjukkan suspek telah menyampaikan maklumat kepada Mossad untuk mendapatkan sejumlah wang, lapor agensi berita negara Anadolu.
Ankara, bagaimanapun, tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai operasi berkenaan. Israel juga tidak mengulas mengenai laporan Anadolu.
Serbuan itu dibuat selepas pihak berkuasa Turki menangkap 34 orang pada Januari lalu yang disyaki merancang penculikan dan mengintip untuk Mossad.
Pendakwa raya Istanbul kemudian berkata, 12 suspek lain masih bebas.
Hubungan antara Turki dan Israel tegang selepas meletusnya perang di Gaza hampir lima bulan lalu.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan merupakan salah seorang pengkritik paling keras di dunia terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Beliau membandingkan Netanyahu dengan Adolf Hitler dan meminta sekutu Barat Israel untuk menggugurkan sokongan mereka terhadap "keganasan negara" yang dijalankan di Gaza.
Topic Berkaitan
#Turki
#jual maklumat
#Mossad Israel
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan