awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye bawa keluar lebih 1,830 orang dari Sudan - Menteri Luar

Bernama
Bernama
29/04/2023
03:00 MYT
Turkiye bawa keluar lebih 1,830 orang dari Sudan - Menteri Luar
Mevlut Cavusoglu bercakap pada sidang media di Ankara, Turkiye, 7 April 2023. - Gambar fail REUTERS
ANKARA: Turkiye memindahkan sejumlah 1,834 orang, 249 daripadanya rakyat 19 negara berbeza dari Sudan yang dilanda konflik, kata menteri luar Turkiye pada Jumaat.
"Kami sedang berhubung dengan setiap rakyat kami yang ingin kembali," lapor. Agensi Anadolu memetik Mevlut Cavusoglu.
Menurut sumber diplomatik Turkiye, Cavusoglu juga telah menghubungi komander pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan, Mohammed Hamdan Dagalu, dan membincangkan pemindahan warga Turkiye.
Pada Khamis, Turkiye mengerahkan lima pesawat pengangkut tentera, termasuk dua pesawat A400M, untuk memindahkan baki warganya dari Sudan.
Terdahulu pada Jumaat, Kementerian Pertahanan Turkiye mengumumkan pesawat C-130 yang dalam penerbangan ke Pangkalan Udara Wadi Seidna untuk pemindahan terkena tembakan dari senjata ringan.
Mengenai usaha untuk menamatkan konflik di Sudan, Cavusoglu berkata: "Timbalan menteri kami (Burak Akcapar) akan ke Sudan minggu depan sebagai pengantara."
Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada tengah malam Selasa adalah percubaan terbaru untuk menghentikan pertempuran di Sudan yang pertama kali meletus pada 15 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Turkiye
#Sudan
#pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan