DUNIA
Turkiye berduka: Jenazah wira negara akan dibawa pulang dari Georgia
Serpihan kelihatan di lokasi nahas pesawat kargo tentera Turkiye di perbandaran Sighnaghi, Georgia, berhampiran sempadan Azerbaijan. - Foto AP
ANKARA: Turkiye berkabung atas kehilangan anggota tenteranya yang terkorban dalam nahas pesawat tentera di sempadan Georgia-Azerbaijan.
Ringkasan AI
Pengarah Komunikasi Presiden Turkiye, Burhanettin Duran, mengesahkan bahawa operasi mencari dan menyelamat serta siasatan nahas masih giat dijalankan.
“Jenazah para syuhada yang kami kasihi akan dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat A-400M kami, yang sebelum ini digunakan untuk menghantar pasukan penyelamat dan penyiasat ke Georgia,” kata Duran menerusi hantaran di platform media sosial NSosyal.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Georgia atas tindakan pantas dan sokongan penuh sejak detik pertama tragedi berlaku.
“Mereka telah menggerakkan semua sumber yang ada bagi membantu usaha menyelamat dan pemulihan,” tambahnya.
Nahas yang melibatkan pesawat kargo tentera C-130 itu telah meragut nyawa kesemua 20 anggota yang berada di dalamnya, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Turkiye.
Pesawat berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Azerbaijan ke Turkiye sebelum terhempas berhampiran sempadan Georgia.
Duran menegaskan bahawa perkembangan lanjut akan terus dikongsi bersama rakyat secara telus.
Ringkasan AI
- Turkiye berkabung atas kehilangan 20 anggota tenteranya dalam nahas pesawat tentera di sempadan Georgia-Azerbaijan.
- Pengarah Komunikasi Presiden Turkiye, Burhanettin Duran, mengesahkan operasi mencari dan menyelamat serta siasatan nahas masih giat dijalankan.
- Jenazah para syuhada akan dibawa pulang ke Turkiye dengan pesawat A-400M, yang sebelum ini digunakan untuk misi penyelamat ke Georgia; pihak berkuasa Georgia turut diberi penghargaan atas sokongan penuh.