awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu atas dakwaan ‘genosid’ di Gaza

Agensi
Agensi
07/11/2025
23:50 MYT
Turkiye keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu atas dakwaan ‘genosid’ di Gaza
Istanbul telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Netanyahu serta 36 pegawai kanan Israel atas dakwaan melakukan jenayah genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang berterusan di Gaza. - Gambar fail Reuters
ISTANBUL: Pihak pendakwa raya Istanbul telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta 36 pegawai kanan negara itu atas dakwaan melakukan jenayah genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang berterusan di Gaza.
Antara individu yang dinamakan termasuk Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz; Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir dan Ketua Turus Tentera, Leftenan Jeneral Eyal Zamir.
Menurut kenyataan rasmi, Israel didakwa telah melakukan jenayah tersebut secara sistematik sejak Oktober 2023, termasuk serangan ke atas Hospital Baptist al-Ahli yang meragut 500 nyawa, pemusnahan peralatan perubatan pada 29 Februari 2024, serta sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Turkiye turut menyenaraikan pengeboman ke atas Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin yang dibina di Gaza sebagai antara insiden yang menjadi asas siasatan.
Negara itu sebelum ini menyertai kes yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menuduh Israel melakukan genosid.
Langkah Turkiye ini hadir hampir setahun selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas dakwaan jenayah perang.
Israel bagaimanapun menolak tindakan tersebut, menyifatkannya sebagai “gimik publisiti” oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Menteri Luar Israel, Gideon Saar, dalam kenyataan di platform X berkata: “Israel menolak dengan penuh penghinaan terhadap gimik terbaru oleh diktator Erdogan.”
Sementara itu, Hamas menyambut baik pengumuman Turkiye, menyifatkannya sebagai langkah terpuji yang mencerminkan komitmen rakyat dan kepimpinan Turkiye terhadap nilai keadilan, kemanusiaan dan persaudaraan bersama rakyat Palestin yang tertindas.
Sejak perang bermula pada Oktober 2023, sekurang-kurangnya 68,875 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 170,000 lagi cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Turkiye
#waran tangkap Netanyahu
#Israel lakukan genosid
#Benjamin Netanyahu
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan