awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 360 juta individu dijangka sertai pelancongan ais dan salji pada musim sejuk ini
Pulau Pinang catat penurunan perokok
Kontraktor perlu pastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo berjalan lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye lantik duta ke Syria selepas 13 tahun hubungan diplomatik terhenti

Bernama
Bernama
19/11/2025
21:50 MYT
Turkiye lantik duta ke Syria selepas 13 tahun hubungan diplomatik terhenti
Nuh Yilmaz (kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Guler. - Foto Kementerian Pertahanan Turkiye
ANKARA: Turkiye melantik seorang duta ke Syria pada Rabu selepas hubungan dua hala terhenti selama 13 tahun, mengorak langkah penting untuk menormalkan hubungan diplomatik antara Ankara dan Damsyik, lapor Xinhua.
Timbalan Menteri Luar Nuh Yilmaz dinamakan sebagai duta baharu Turkiye ke Damsyik, menurut dekri presiden yang diumumkan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam Warta Rasmi.
Ini merupakan pelantikan duta pertama sejak Turkiye menutup kedutaannya di ibu negara Syria itu pada 26 Mac 2012. Turkiye juga telah menyambung semula operasi konsulatnya di Aleppo, bandar kedua terbesar Syria, selepas terhenti selama 13 tahun.
Nuh Yilmaz berkhidmat di Pertubuhan Perisikan Negara Turkiye dari Ogos 2013 hingga Jun 2023. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar pada 20 Mei 2024.
Pemulihan hubungan diplomatik itu turut membawa kepada peningkatan dalam hubungan orang awam. Turkish Airlines menyambung semula penerbangan terus dari Istanbul ke Damsyik awal tahun ini buat julung kali dalam lebih sedekad. Sejak 23 Jan, penerbangan beroperasi setiap Selasa, Khamis dan Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#Turkiye
#hubungan diplomatik
#duta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan