awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye, Malaysia bersama-sama tangani kebimbangan berkaitan Islamophobia

Bernama
Bernama
24/08/2023
12:39 MYT
Turkiye, Malaysia bersama-sama tangani kebimbangan berkaitan Islamophobia
Fidan berkata perkara itu telah dibincangkan dengan Dr Zambry yang ketika itu berada di Iran untuk lawatan rasmi sulungnya ke Iraq dari Rabu hingga Jumaat (25 Ogos). - Gambar fail/FB Anwar Ibrahim
BAGHDAD (Iraq): Turkiye dan Malaysia akan mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala mereka serta bersama-sama menangani kebimbangan berkaitan Islamofobia, kata Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan.
Fidan berkata perkara itu telah dibincangkan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang ketika itu berada di Iran untuk lawatan rasmi sulungnya ke Iraq dari Rabu hingga Jumaat (25 Ogos).
"Semasa pertemuan itu, perbincangan telah diadakan mengenai potensi jalinan kerjasama mengenai hubungan dua hala kami dan isu Islamofobia," lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Kementerian Luar Turkiye di platform sosial X.
Fidan, turut bertemu rakan sejawatannya, Timbalan Perdana Menteri Iraq bagi Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa dan Menteri Luar Negeri, Dr Fuad Hussein.
Sementara itu, Zambry mengadakan pertemuan dua hala dengan Fuad susulan perbincangan yang diadakan di luar Mesyuarat Menteri Biro Penyelaras Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada 5 Julai 2023.
Lawatan Zambry ke Iraq, menandakan lawatan rasmi pertamanya ke republik itu sejak memegang jawatan pada 2 Dis 2022, dan diiringi pegawai kanan kerajaan daripada kementerian dan ahli perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Islamofobia
#Hubungan dua hala
#jalinan kerjasama
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan