awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye miliki 'institusi demokrasi membanggakan' - AS

Bernama
Bernama
13/05/2023
06:50 MYT
Turkiye miliki 'institusi demokrasi membanggakan' - AS
Pilihan raya di Turkiye akan berlangsung pada 14 Mei. -AP
WASHINGTON: Turkiye mempunyai "institusi demokrasi membanggakan" menurut Rumah Putih pada Jumaat ketika jutaan rakyat Turki bersedia untuk mengundi dalam pilihan raya presiden dan parlimen seluruh negara, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami akan menyerahkan kepada rakyat Turki untuk menentukan masa depan mereka. Kami tidak terlibat dalam pilihan raya itu dan pastinya tidak mengulas mengenai calon individu.
"Itu untuk rakyat Turki membuat keputusan. Dan sekali lagi, tradisi demokrasi diterjemahkan di Turki, yang saya rasa kita semua menghargainya," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby kepada pemberita.
Pilihan raya di Turkiye akan berlangsung pada 14 Mei.
Untuk persaingan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Presiden Recep Tayyip Erdogan, ketua pembangkang utama Parti Rakyat Republikan (CHP), Kemal Kilicdaroglu dan calon Perikatan Negara Sinan Ogan.
Seorang lagi calon presiden,Muharrem Ince, menarik diri pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turkiye
#pilihan raya
#Amerika Syarikat
#demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan