[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Tweet pertama Donald Trump sebagai Presiden AS yang baru dipilih

Syafique Shuib 09/11/2016 | 12:11 MYT
Terkenal dengan ungkapan rasis ketika berkempen, tweet beliau sebagai bakal presiden mencerminkan sisi yang berbeza. -Gambar fail
Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump telah memuat naik tweet pertama setelah berakhirnya pilihan raya AS pada Selasa.
Terkenal dengan ungkapan rasis ketika berkempen, tweet beliau setelah menjadi presiden dipilih mencerminkan sisi yang berbeza yang membawakan mesej perpaduan.
“Malam yang indah dan penting. Tiada individu akan ketinggalan. Kita akan bersatu semula lebih erat berbanding sebelum ini,” kata Trump di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, tweet itu telah menerima hampir 17,000 retweet dan 35,000 like.
Sementara itu, profil beliau telah dikemas kini dengan “Presiden-elect of the United States” (Bakal Presiden Amerika Syarikat).
Sebelum ini, netizen telah memuji ucapan sulung Trump di Manhattan, New York susulan kemenangannya.
Trump berkata dia akan berusaha menyembuhkan kembali luka yang dalam dalam kalangan rakyat negara itu dan bertekad untuk menjadi presiden kepada “seluruh rakyat Amerika Syarikat’.
Bukan itu sahaja, Trump turut memuji lawannya, Hillary Clinton dari Parti Demokrat yang telah lama memberikan khidmat kepada negara.
#Donald Trump #Hillary Clinton #pilihan raya AS