awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter sah kenakan bayaran AS$8 untuk pengesahan 'blue-tick'

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2022
01:00 MYT
Twitter sah kenakan bayaran AS$8 untuk pengesahan 'blue-tick'
Ciri 'blue-tick' tersebut akan dibuka kepada pengguna di negara tertentu yang mendaftar perkhidmatan Twitter Blue dengan bayaran $7.99 (kira-kira RM38) sebulan. -Gambar fail
TWITTER pada Sabtu mengesahkan rancangannya untuk membenarkan pengguna membeli status pengesahan tanda biru (blue-tick).
Dalam kemas kini untuk peranti Apple, syarikat itu berkata ciri 'blue-tick' tersebut akan dibuka kepada pengguna di negara tertentu yang mendaftar perkhidmatan Twitter Blue dengan bayaran $7.99 (kira-kira RM38) sebulan.
Perubahan dasar itu mencetus kontroversi di kala kebimbangan platform itu berkemungkinan dibanjiri akaun palsu, lapor BBC.
Ia susulan pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk, yang pada Jumaat lalu memberhentikan kira-kira separuh daripada tenaga kerja syarikat berkenaan.
Tanda pengesahan biru sebelum ini hanya tersedia kepada individu dan organisasi berprofil tinggi atau berpengaruh.
Ia diberi khusus bagi membuktikan identiti, sebagai tanda bahawa profil mereka adalah sahih, juga sebagai cara untuk membantu pengguna mengenal pasti maklumat yang boleh dipercayai di platform tersebut.
Perubahan dasar itu mencetus kebimbangan penyamaran tokoh kerajaan, selebriti, wartawan dan jenama oleh mana-mana pengguna yang sanggup membayar yuran bulanan berkenaan.
Musk, orang terkaya di dunia, dilapor sedang mencari cara untuk mempelbagaikan pendapatan Twitter berikutan pengambilalihan firma itu lewat bulan lalu.
Pada Jumaat, jutawan itu berkata Twitter kehilangan lebih AS$4 juta sehari, dan menegaskan beliau "tiada pilihan" selain memberhentikan kira-kira separuh daripada 7,500 tenaga kerja syarikat itu.
Pada Sabtu, pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Volker Türk menggesa Musk untuk "memastikan kepentingan hak asasi manusia dalam pengurusan Twitter".
Campur tangan PBB yang jarang berlaku ini menjurus kepada pemecatan seluruh pasukan hak asasi manusia Twitter.
Tiada maklum balas daripada Twitter diperoleh setakat ini.
Topic Berkaitan
#Twitter
#Elon Musk
#blue-tick
#pengesahan tanda biru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan