awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia serang pelabuhan Laut Hitam Ukraine, dua kapal dagang turut jadi sasaran
Bangladesh kenang Khaleda Zia sebagai pejuang bersemangat waja, pelindung negara
Arsenal benam Aston Villa 4-1, kukuhkan kedudukan pendahulu liga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad

Bernama
Bernama
30/12/2025
21:30 MYT
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
PostNord akan memberikan tumpuan eksklusif kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan, susulan penurunan mendadak dalam jumlah surat. - Gambar AP
BRUSSELS: Pengendali perkhidmatan pos milik kerajaan Denmark pada Selasa menghantar surat terakhirnya, sekali gus menamatkan tradisi pengedaran surat awam selama 401 tahun di negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik penyiar DR.
PostNord akan memberikan tumpuan eksklusif kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan, susulan penurunan mendadak dalam jumlah surat akibat pendigitalan dan perubahan tabiat komunikasi.
"Hari ini menandakan satu titik perubahan bersejarah dalam sejarah PostNord," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kim Pedersen. "Kami menamatkan pengedaran surat selepas berabad lamanya, namun membuka lembaran baharu dalam bidang yang paling diperlukan oleh rakyat Denmark hari ini, iaitu e-dagang apabila penghantaran bungkusan kini mengatasi jumlah surat."
Langkah itu mencerminkan peralihan besar dalam masyarakat ke arah penyelesaian digital seperti pembayaran mudah alih, yang mengurangkan permintaan terhadap surat fizikal secara signifikan.
Selepas pengunduran PostNord, syarikat swasta Dao akan mengambil alih sebahagian besar penghantaran surat, dengan ketua pegawai eksekutifnya, Hans Peter Nissen mengunjurkan sekitar 80 juta surat pada 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan pos
#Denmark
#postnord
#surat
#era digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan