awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE larang eksport dan eksport semula beras selama empat bulan

Bernama
Bernama
30/07/2023
03:30 MYT
UAE larang eksport dan eksport semula beras selama empat bulan
Keputusan itu dibuat selepas kerajaan India pada minggu lalu memutuskan untuk menghentikan eksport beras bukan basmati. - Gambar fail
ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengenakan larangan eksport dan eksport semula beras selama empat bulan, menurut Kementerian Ekonomi negara itu pada Sabtu, lapor Xinhua.
Larangan itu, berkuat kuasa mulai 28 Julai, meliputi zon bebas di UAE dan terpakai kepada semua jenis beras, termasuk beras perang, beras dikisar sepenuhnya atau sebahagiannya dan beras pecah, menurut kenyataan yang dikeluarkan di akaun media sosial kementerian.
Syarikat yang berminat untuk mengeksport atau mengeksport semula beras wajib mendapatkan permit eksport daripada Kementerian Ekonomi.
Kementerian itu berkata tempoh larangan berkenaan boleh disambung secara automatik melainkan keputusan dibuat untuk membatalkan pelaksanaannya.
Keputusan itu dibuat selepas kerajaan India pada minggu lalu memutuskan untuk menghentikan eksport beras bukan basmati kerana kenaikan harga dalam pasaran domestik dan kerosakan tanaman disebabkan musim tengkujuh.
UAE mengimport hampir 90 peratus keperluan makanannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UAE
#eksport beras
#Zon Bebas
#larangan eksport India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan