Skip to main content

Dunia

UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai

81732573364_rabbifuneral.jpg
AL AIN: Tiga suspek kes pembunuhan Rabai Zvi Kogan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ditahan pihak berkuasa negara itu.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri UAE menerusi satu ciapan di X.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.

Menurut kementerian lagi, siasatan awal terhadap suspek juga dijalankan.

Pihak berkuasa turut berusaha mendapatkan perincian kes dan motif kejadian.

Media sebelum ini melaporkan Kogan hilang pada Khamis sebelum mayatnya ditemui pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa Israel, Kogan, yang juga merupakan warga Israel-Moldova, kali terakhir dilihat di sebuah pasar raya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini turut memberi amaran bahawa Israel akan memburu dalang kes dan membawa mereka ke muka pengadilan.






Advertisement

Must Watch Video