Ujian saringan dadah ke atas PM Finland negatif

Astro Awani
Ogos 23, 2022 03:14 MYT
Marin mengaku mengambil alkohol tetapi nafi menyalahgunakan dadah. - Foto AP
UJIAN dadah yang dijalankan ke atas sampel urin milik Perdana Menteri Finland, Sanna Marin didapati negatif.
Sampel marin berkenaan diuji untuk beberapa jenis dadah, termasuk kokain.
Marin secara sukarela mengambil ujian berkenaan, untuk membersihkan namanya.
Ini selepas videonya dan rakan berparti tersebar yang kemudian mencetus kritikan termasuk dakwaan beliau terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
BACA: Video berparti tular, PM Finland jalani ujian kesan penggunaan dadah
BACA: PM Finland kesal video menari tersebar
Kontroversi | Ujian dadah ke atas PM Finland negatif
Marin sebelum ini bertegas video berkenaan adalah bersifat peribadi kerana ia dirakam ketika waktu peribadinya dan hanya untuk ditonton rakan terdekat.
Beliau mengaku mengambil alkohol tetapi nafi menyalahgunakan dadah.
Marin dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2019 pada usia 34 tahun dan sebelum ini menjadi sasaran kritikan kerana didakwa menganjurkan parti di kediaman rasminya.
#Sanna Marin #sampel urin #Dadah #negatif