awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK kurangkan kakitangan kedutaan di Baghdad, Tehran

Bernama
Bernama
07/01/2020
06:18 MYT
UK kurangkan kakitangan kedutaan di Baghdad, Tehran
Dominic Raab ketika ditemui media di Downing Street, London, Britain, 6 Jan, 2020. REUTERS
United Kingdom (UK) telah mengurangkan jumlah kakitangan di kedutaannya di Tehran dan Baghdad susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu akibat pembunuhan komander tertinggi tentera elit Iran Jeneral Qassem Soleimani minggu lepas, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan media.
Penarikan balik beberapa diplomat adalah sebagai langkah berjaga-jaga, lapor media tempatan termasuk Sky News.
Duta UK di Tehran iaitu Rob Macaire dan Duta UK di Baghdad, Stephen Hickey, akan kekal di situ, menurut laporan media.
Perdana Menteri Boris Johnson telah bertemu menteri kanan kabinet pada Isnin, termasuk Setiausaha Luar Dominic Raab dan Setiausaha Pertahanan Ben Wallace bagi menilai krisis terkini itu.
Raab berkata mesej utama kerajaan UK ialah "kepentingan untuk meredakan ketegangan dan mencari jalan diplomatik bagi menyelesaikan krisis ini."
"Kita amat jelas bahawa tapak kebudayaan adalah dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa dan kami menjangkakan perkara itu dihormati," kata Raab yang memisahkan pendirian Britain daripada ancaman Presiden Donald Trump baru-baru ini terhadap Iran untuk melancarkan serangan pengeboman ke atas tapak kebudayaannya jika ia membalas dendam atas pembunuhan Soleimani.
BACA: Krisis Iran-AS: Masa terbaik negara Islam bersatu, tetapi ... - Tun Mahathir
BACA: Air mata pemimpin agung Iran 'tumpah' imamkan solat jenazah Soleimani
Johnson turut mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Iraq Adel Abdul-Mahdi dan kedua-dua pemimpin "telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam mencari satu jalan diplomatik yang berkesan," menurut seorang jurucakap Downing Street.
Soleimani, pemimpin tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, terbunuh dalam serangan dron AS berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.
Pembunuhan Soleimani menyaksikan peningkatan ketegangan secara mendadak antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak Trump membuat keputusan pada 2018 untuk menarik diri daripada pakatan nuklear yang dimeterai antara kuasa-kuasa besar dengan Tehran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adel Abdul-Mahdi
#Baghdad
#Boris Johnson
#Britain
#Dominic Raab
#Donald Trump
#Downing Street
#Iran
#Iraq
#jumlah kakitangan
#kabinet
#kedutaan
#kerajaan
#Qassem Soleimani
#serangan dron
#Tehran
#undang-undang
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan