awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman penyakit semakin serius, ubat semakin kurang di Gaza - Pihak kesihatan
KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK naikkan cukai: Tangani krisis kesihatan, penjagaan sosial

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2021
02:40 MYT
UK naikkan cukai: Tangani krisis kesihatan, penjagaan sosial
Johnson berusaha menangani masalah sistem kesihatan Britain susulan jutaan masih menunggu untuk mendapatkan rawatan daripada Perkhidmatan Kesihatan Nasional. - Gambar fail REUTERS
PERDANA Menteri Britain Boris Johnson menetapkan pelan untuk menaikkan cukai ke atas pekerja, majikan dan beberapa pelabur bagi menangani krisis pembiayaan rawatan kesihatan dan penjagaan sosial.
Langkah ini bagaimanapun mengundang kemarahan beberapa pihak dalam partinya kerana didakwa melanggar janji pilihan raya.
Selepas membelanjakan jumlah wang yang besar untuk memerangi COVID-19, Johnson kembali ke janji pilihan raya untuk penjagaan sistem sosial.
Sistem ini memerlukan dana dua kali ganda seiring pertambahan golongan warga emas dalam dua dekad akan datang.
Johnson turut berusaha menangani masalah sistem kesihatan Britain susulan jutaan masih menunggu untuk mendapatkan rawatan daripada Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).
Beliau menggariskan levi penjagaan kesihatan dan sosial baharu yang menyaksikan kadar cukai gaji insurans nasional yang dibayar oleh pekerja dan majikan meningkat 1.25 mata peratusan.
Kenaikan sama juga berlaku terhadap cukai ke atas dividen pemegang saham.
Katanya, kenaikan itu akan menyumbang kepada peningkatan kutipan cukai sebanyak 36 bilion pound selama tiga tahun.
Pound jatuh berbanding Euro dan Dolar selepas pengumuman tersebut, yang menurut institut kajian fiskal akan meningkatkan beban cukai Britain kepada 35 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Johnson telah berusaha meredakan kemarahan dalam partinya sendiri
Sebilangan Ahli Parlimen bimbang mungkin kehilangan sokongan pada pilihan raya yang dijadual pada 2024.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#cukai
#krisis kesihatan
#COVID-19
#janji pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan