awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK umum pelan hapuskan secara berperingkat ujian ke atas haiwan

Bernama
Bernama
11/11/2025
21:15 MYT
UK umum pelan hapuskan secara berperingkat ujian ke atas haiwan
Menjelang 2027, ujian menggunakan tikus bagi mengukur keberkesanan Botox akan digantikan dengan kaedah berasaskan DNA. - Gambar hiasan
LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) pada Selasa mengumumkan strategi bernilai GBP75 juta (AS$98 juta) bagi menghentikan secara berperingkat penggunaan ujian terhadap haiwan dalam bidang sains, dengan menggantikannya menggunakan teknologi alternatif yang lebih maju, lapor Anadolu Ajansi.
Pelan itu, yang diumumkan oleh Menteri Sains Patrick Vallance, menetapkan hala tuju untuk mengurangkan dan akhirnya menamatkan penggunaan haiwan dalam penyelidikan dan ujian keselamatan, sambil mengekalkan piawaian ketat bagi kesihatan manusia dan perlindungan alam sekitar.
Dalam satu kenyataan, kerajaan berkata strategi itu akan "menyokong usaha untuk menamatkan ujian ke atas haiwan, serta melaksanakan alternatif secepat mungkin apabila ia terbukti selamat dan berkesan."
Strategi itu turut menetapkan beberapa tarikh akhir yang jelas, termasuk menamatkan ujian peraturan ke atas iritasi kulit dan mata serta kepekaan kulit menjelang akhir 2026.
Menjelang 2027, ujian menggunakan tikus bagi mengukur keberkesanan Botox akan digantikan dengan kaedah berasaskan DNA dan menjelang 2030, kajian ke atas anjing dan primat bukan manusia bagi menjejaki pergerakan ubat dalam badan akan dikurangkan dengan ketara.
Menurut kerajaan, teknologi baharu termasuk sistem organ pada cip, ramalan keselamatan berasaskan AI dan tisu biocetak 3D akan membentuk "persekitaran seperti sebenar untuk mengkaji biologi manusia" dan menghasilkan data yang lebih boleh dipercayai bagi ubat dan bahan kimia.
"Dengan memanfaatkan kecemerlangan saintifik, kita dapat memberikan manfaat sebenar kepada kebajikan haiwan sambil memajukan penyelidikan inovatif yang meningkatkan kualiti hidup" kata Menteri Kebajikan bagi Haiwan Sue Hayman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ujian ke atas haiwan
#penyelidikan
#Sains
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan