awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri pusat data dijangka guna 70 peratus memori global tahun ini – WSJ
Perjanjian ART Malaysia-AS belum dikuatkuasakan - PM Anwar
Malaysia berhati-hati sokong cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan Gaza - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukiran baru berusia 12,000 tahun ditemui di Al-Nafud, Arab Saudi

Bernama
Bernama
01/10/2025
10:20 MYT
Ukiran baru berusia 12,000 tahun ditemui di Al-Nafud, Arab Saudi
Penemuan saintifik ini merangkumi dokumentasi terhadap 176 ukiran batu dan 130 daripadanya adalah ukiran bersaiz sebenar haiwan seperti unta, ibex, kuda, gazel dan auroch, sejenis lembu liar yang kini pupus. - Saudi Heritage Comission
RIYADH: Suruhanjaya Warisan Arab Saudi mengumumkan penemuan dan dokumentasi ukiran seni batu awal bersaiz sebenar yang luar biasa, yang dianggarkan berusia 11,400 hingga 12,800 tahun.
Menurut Saudi Press Agency (SPA), penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications itu dikenal pasti di lokasi di selatan padang pasir Al-Nafud Al-Kabir di Wilayah Hail.
Kajian dijalankan di bawah seliaan "Green Arabia Project", dengan kerjasama pasukan penyelidik antarabangsa daripada pelbagai universiti dan pusat penyelidikan tempatan dan antarabangsa.
Penemuan ini mewakili fasa seni batu paling awal dan mempunyai tarikh saintifik yang sah di Arab Saudi, sekali gus mengetengahkan peranan Semenanjung Arab sebagai pusat awal kreativiti seni.
Penemuan ini juga memberikan sumbangan penting kepada rekod penemuan arkeologi Kerajaan Arab Saudi, serta menyediakan bukti material mengenai perkembangan seni batu dan hubungannya dengan corak kehidupan serta budaya pada zaman prasejarah.
Ia turut memperkukuh kefahaman tentang hubungan budaya dan ekonomi yang pernah wujud antara utara Semenanjung Arab dengan kawasan sekitarnya ribuan tahun dahulu.
Penemuan saintifik ini merangkumi dokumentasi terhadap 176 ukiran batu dan 130 daripadanya adalah ukiran bersaiz sebenar haiwan seperti unta, ibex, kuda, gazel dan auroch, sejenis lembu liar yang kini pupus.
Beberapa ukiran ini mencapai sehingga tiga meter panjang dan ada yang terletak di kawasan tinggi yang sukar diakses, mencerminkan usaha besar dan kemahiran tinggi seniman purba ketika itu.
Hasil kajian menunjukkan yang ukiran batu ini dihasilkan semasa fasa iklim lembap, yang bertarikh 13,000 hingga 16,000 tahun dahulu. Iklim itu memungkinkan kelangsungan hidup dan peluasan geografi kumpulan manusia di kawasan yang kini diklasifikasikan sebagai gersang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ukiran batu
#al-nafud
#Arab Saudi
#penyelidik
#arkeologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami