awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine jangka eksport pertanian melebihi US$20 bln tahun ini

Bernama
Bernama
14/03/2023
03:01 MYT
Ukraine jangka eksport pertanian melebihi US$20 bln tahun ini
Menurut Persatuan Eksport Pertanian Ukraine, eksport pertanian negara itu turun 16 peratus kepada US$23.4 bilion tahun lalu. - Gambar hiasan/AP
KYIV: Eksport pertanian Ukraine dijangka melebihi US$20 bilion tahun ini, menurut Taras Vysotsky, Timbalan Menteri pertama dasar pertanian dan makanan, dalam satu wawancara yang disiarkan pada Isnin.
"Kami menganggarkan potensi eksport sekurang-kurangnya berada pada tahap tahun sebelumnya - lebih daripada 20 bilion dolar," kata Vysotsky dalam temu bual yang diterbitkan menerusi saluran Youtube rasmi Kementerian Dasar Agraria dan Makanan.
Pengeluaran bijirin Ukraine bagaimanapun, akan menurun tahun ini kerana petani negara itu memberi tumpuan kepada penanaman biji minyak, katanya.
Pengeluaran bijirin yang lebih rendah di Ukraine mungkin mendorong kenaikan global harga bijirin, kata Vysotsky.
Menurut Persatuan Eksport Pertanian Ukraine, eksport pertanian negara itu turun 16 peratus kepada US$23.4 bilion tahun lalu.
Akademi Sains Agraria Kebangsaan mengeluarkan anggaran lebih awal bahawa pengeluaran bijirin Ukraine akan menurun sebanyak 37 peratus kepada 34 juta tan pada 2023.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Taras Vysotsky
#bijirin
#eksport pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan