awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy

Bernama
Bernama
11/03/2025
02:20 MYT
Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota di Istana Diraja di Riyadh, Arab Saudi, 10 Mac 2025. (Ukrainian Presidential Press Office via AP)
WASHINGTON: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menegaskan bahawa pendirian Kyiv dalam rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi pada Selasa akan bersifat konstruktif, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Saya menghargai usaha Putera Mahkota dalam membawa keamanan sejati lebih dekat. Arab Saudi menyediakan platform penting untuk diplomasi, dan kami amat menghargainya," kata Zelenskyy pada Isnin menerusi hantaran di X selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Zelenskyy kini berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.
"Pendirian Ukraine dalam rundingan ini akan sepenuhnya konstruktif," katanya, sambil berharap agar pertemuan itu menghasilkan keputusan yang praktikal.
Beliau turut menyifatkan pertemuannya dengan Putera Mahkota sebagai "baik" dan menjelaskan bahawa mereka membincangkan semua isu utama, termasuk hubungan hubungan dua hala serta kerjasama dengan rakan antarabangsa lain.
"Bersama Putera Mahkota, kami mengadakan perbincangan terperinci mengenai langkah-langkah serta syarat yang diperlukan untuk menamatkan perang dan memastikan keamanan yang kukuh serta berkekalan.
"Saya secara khusus menekankan isu pembebasan tahanan dan kepulangan anak-anak kami, yang boleh menjadi langkah utama dalam membina kepercayaan terhadap usaha diplomatik," katanya.
Di samping itu, Zelenskyy berkata Kyiv menghargai kesediaan Arab Saudi untuk memperluaskan kerjasama ekonomi serta melabur di Ukraine.
AS, di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump menyeru agar peperangan di Ukraine dihentikan dan mengadakan rundingan secara langsung dengan Rusia.
Selain itu, pentadbiran Trump juga menghentikan bantuan ketenteraan serta perkongsian maklumat risikan dengan Kyiv, selepas pertemuan tegang dengan Zelenskyy di Rumah Putih baru-baru ini.
Arab Saudi sebelum ini turut menjadi tuan rumah bagi rundingan antara Moscow dan Washington pada bulan lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Volodymyr Zelenskyy
#Ukraine
#perang Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan