awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine terima isyarat politik sambung bantuan ketenteraan dari AS

Agensi
Agensi
11/07/2025
00:10 MYT
Ukraine terima isyarat politik sambung bantuan ketenteraan dari AS
Zelensky mengadakan sidang media pada hari pertama Persidangan Pemulihan Ukraine di Rom, Itali, 10 Julai 2025. REUTERS
ROM: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, mengesahkan bahawa negaranya telah menerima semua isyarat politik yang diperlukan bagi bantuan menyambung semula bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat (AS).
Perkara ini dimaklumkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump yang disifatkan sebagai pertemuan yang membina.
Bercakap pada satu sidang media sempena Persidangan Pemulihan Ukraine (Ukraine Recovery Conference atau URC2025) di Rom, Zelensky berkata Ukraine kini mempunyai jadual dan butiran mengenai penghantaran senjata yang akan datang.
Beliau turut memuji penglibatan wakil-wakil AS dalam mesyuarat negara-negara penyokong Ukraine.
“Kami sedang mengadakan dialog positif dengan Presiden Trump mengenai sistem pemintas peluru berpandu Patriot yang telah lama kami minta bagi melindungi bandar-bandar kami daripada serangan udara,” katanya.
Menurut Zelensky, Jerman bersetuju untuk membiayai dua sistem Patriot untuk Ukraine, manakala Norway pula bersetuju untuk membiayai satu sistem.
“Ukraine memerlukan 10 sistem Patriot secara keseluruhan, dan pasukan saya sedang berusaha mendapatkan pembiayaan tambahan,” tambah beliau.
Zelensky turut menyatakan bahawa sebaik sahaja pengeluar memberikan maklumat lanjut mengenai jadual penghantaran, beliau yakin lebih banyak negara rakan akan turut serta dalam usaha tersebut.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Volodymyr Zelensky
#bantuan ketenteraan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan