Skip to main content

Dunia

Umat Islam di India, Bangladesh dan Sri Lanka mula berpuasa pada Jumaat

71679534440_anakbulan.jpg
NEW DELHI: Umat Islam di India kecuali di negeri Kerala akan mula berpuasa pada Jumaat (24 Mac).

Tarikh permulaan puasa itu ditetapkan pada Jumaat memandangkan anak bulan Ramadan tidak kelihatan pada Rabu kecuali di negeri yang terletak di bahagian selatan.

Bangladesh dan Sri Lanka juga akan mula berpuasa pada Jumaat.

Sementara itu, Jawatankuasa Ruet-e-Hilal Pakistan (jawatankuasa melihat anak bulan) mengisytiharkan Khamis sebagai tarikh permulaan puasa di negara ini.

Maldives turut mula berpuasa pada Khamis.

-- BERNAMA


Advertisement

Must Watch Video