BANGKOK: Umat Islam di Thailand akan mula berpuasa esok (Ahad, 3 April), menurut kenyataan pejabat Sheikhul Islam Thailand hari ini.

Ketua Sheikhul Islam Thailand Aziz Pitakkumpol berkata Thailand menetapkan hari ini untuk melihat anak bulan Ramadan di beberapa lokasi di wilayah selatan.

Sementara itu, wakil Pejabat Sheikhul Islam Thailand, Sutham Boonmalert menasihatkan umat Islam di negara ini sentiasa mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Awam sepanjang Ramadan bagi mengekang penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Dr. Suwanchai Wattanayingcharoenchai turut menasihatkan umat Islam mengambil langkah berjaga-jaga ketika menjalankan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah.

Selain itu, jemaah juga mesti lengkap vaksin COVID-19 dan dos penggalak.

-- BERNAMA