awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang baharu diperkenalkan, mahkluk mitos Bigfoot kembali diburu!

Agensi
Agensi
25/01/2021
04:35 MYT
Undang-undang baharu diperkenalkan, mahkluk mitos Bigfoot kembali diburu!
Justin Humphrey percaya rang undang-undang baharu itu akan melonjakkan aktiviti pelancongan di Oklahoma. - AP
OKLAHOMA CITY:Kewujudan makhluk mitos menyerupai mawas yang ceritanya disampaikan sejak berdekad-dekad lalu dari mulut ke mulut, terutamanya dalam kalangan pegembara, kini menjadi sasaran penggubal undang-undang di Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita AP.
Seoran ahli politik Republikan, Justin Humphrey, telah memperkenalkan rang undang-undang untuk mengisytiharkan musim memburu ‘Bigfoot’. Zon pemburuan itu, seperti yang dicadang oleh Humphrey termasuklah di kawasan hutan tebal di pergunungan Ouachita, tenggara Oklahoma.
Di situ, festival Bigfoot dianjurkan setiap tahun berdekatan sempadan Arkansas. Jelasnya, pengeluaran lesen memburu boleh meningkatkan aktiviti pelancongan.
“Dengan meluluskan musim memburu dan mengekluarkan lesen kepada mereka yang hendak menjejak Bigfoot, lebih ramai orang akan datang ke bahagian negeri kita yang indah ini,” ujar Humphrey dalam satu kenyataan.
Jelasnya, rang undang-undang itu hanya akan membenarkan aktiviti memasang perangkap dan dia juga berharap dapat mengumpulkan sejumlah AS$25,000 sebagai ganjaran.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Konservasi Hidupan Liar Oklahoma, Micah Holmes, yang mengulas langkah itu berkata, selama ini jabatannya sudah menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji dan menjejak Bigfoot, namun tidak pernah mengakui kewujudannya.
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#bigfoor
#makhluk mitos
#mawas
#Oklahoma
#musim memburu
#haiwan mistikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan