awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peruntukan tambahan bayaran balik RM4 bilion selesai diproses dan dikreditkan - LHDN
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang tentera tidak akan ditamatkan sehingga Ukraine terima jaminan keselamatan - Zelenskyy

Bernama
Bernama
29/12/2025
23:40 MYT
Undang-undang tentera tidak akan ditamatkan sehingga Ukraine terima jaminan keselamatan - Zelenskyy
Zelenskyy bercakap pada sidang media bersama Trump selepas mereka mengadakan pertemuan di kelab Trump, Mar-a-Lago club, Palm Beach, Florida, 28 Dis 2025. (Foto AP)
MOSCOW: Undang-undang tentera di Ukraine hanya akan ditamatkan selepas Kyiv menerima jaminan keselamatan, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Zelenskyy menyatakan demikian susulan pertemuannya dengan Donald Trump di kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS) itu di Mar-a-Lago, Florida pada Ahad.
Selepas pertemuan itu, Zelenskyy berkata jaminan keselamatan antara AS dan Ukraine telah dipersetujui 100 peratus.
"Penamatan undang-undang tentera hanya akan berlaku apabila Ukraine menerima jaminan keselamatan. Tanpa jaminan keselamatan, konflik ini tidak akan benar-benar berakhir. Kami tidak boleh mengakui bahawa ia telah berakhir ... Dan apakah jaminan keselamatan itu? Ia adalah pemantauan oleh rakan kongsi serta kehadiran mereka," Zelenskyy dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Ukraine, Novosti.LIVE.
Zelenskyy turut menyatakan bahawa beliau mahu menerima jaminan keselamatan serentak dengan penandatanganan dokumen 20 perkara mengenai penyelesaian konflik. Selain itu, Zelenskyy berkata beliau mahu tentera Barat dikerahkan di Ukraine sebagai sebahagian daripada jaminan keselamatan berkenaan.
Sementara itu, Trump semasa pertemuan dengan Zelenskyy menyatakan bahawa Eropah akan memikul sebahagian besar tanggungjawab dalam menyediakan jaminan keselamatan kepada Ukraine, namun AS tetap akan turut serta dalam usaha tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Ukraine
#Volodymyr Zelenskyy
#undang-undang tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan