awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undian 'tidak' mendahului dalam referendum Ecuador mengenai pangkalan tentera asing

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2025
02:00 MYT
Undian 'tidak' mendahului dalam referendum Ecuador mengenai pangkalan tentera asing
Seorang anggota tentera mengundi dalam referendum bagi menentukan sama ada Ecuador harus membenarkan pangkalan tentera asing dan menggubal semula perlembagaan melalui perhimpunan perlembagaan. - Foto AP
QUITO: Rakyat Ecuador dilaporkan menolak cadangan untuk membenarkan kehadiran semula pangkalan tentera asing di negara mereka, menurut keputusan awal referendum yang berlangsung pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Rakyat Ecuador menolak cadangan kehadiran semula pangkalan tentera asing dengan 60 peratus pengundi memilih "tidak", berdasarkan keputusan awal referendum Ahad.
  • Cadangan itu, disokong Presiden Daniel Noboa, termasuk membenarkan pangkalan udara Amerika Syarikat di Manta ditolak, sementara 61 peratus pengundi menentang cadangan menubuhkan perhimpunan bagi menggubal semula perlembagaan.
  • Penolakan rakyat terhadap cadangan referendum dipandang sebagai tamparan hebat kepada Presiden Noboa yang berusaha memperkukuh kuasa eksekutif dalam menangani krisis keselamatan negara.

Dengan lebih satu pertiga undi telah dikira, sebanyak 60 peratus pengundi memilih “tidak” terhadap usul tersebut.
Cadangan itu, yang disokong oleh Presiden Daniel Noboa, bertujuan membenarkan kerjasama ketenteraan asing termasuk kemungkinan kemunculan semula pangkalan udara Amerika Syarikat di Manta, yang pernah digunakan untuk operasi anti-dadah Washington sebelum ditutup pada 2008.
Selain isu pangkalan tentera, referendum turut merangkumi tiga lagi soalan termasuk cadangan untuk menubuhkan perhimpunan bagi menggubal semula perlembagaan.
Namun, setakat ini, 61 peratus pengundi juga menolak cadangan tersebut dengan 36 peratus undi telah dikira.
Ecuador telah melarang kehadiran tentera asing sejak 2008, sebagai langkah mempertahankan kedaulatan negara.
Namun, peningkatan jenayah terancang dan keganasan berkaitan dadah mendorong pentadbiran Noboa untuk mempertimbangkan semula dasar tersebut sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan nasional.
Penolakan terhadap semua cadangan referendum dilihat sebagai tamparan hebat kepada Presiden Noboa, yang berharap langkah-langkah ini dapat memperkukuh kuasa eksekutif dan menangani krisis keselamatan yang semakin meruncing.
Topic Berkaitan
#Referendum
#pangkalan tentera asing
#undian
#Daniel Noboa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan