awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA ke-77: Rusia lancar perang hibrid menentang 'musuh khayalan' - EU

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2022
01:10 MYT
UNGA ke-77: Rusia lancar perang hibrid menentang 'musuh khayalan' - EU
Michel desak pembaharuan dalam Majlis Keselamatan dan menggesa agar Rusia digantung kerana menggunakan kuasa veto selepas menyerang Ukraine. -Reuters
NEW YORK: Kesatuan Eropah (EU) mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine serta menyifatkan tindakan itu sebagai "perang hibrid" yang berdasarkan keganasan dan pembohongan.
Jelas Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, ia menggabungkan antara perang senjata dan pembohongan kononnya keselamatan Rusia terancam selama bertahun-tahun.
Bercakap di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), beliau menegaskan walaupun banyak yang dilakukan Kremlin, namun tiada satu negara di Eropah menjadi ancaman kepada Rusia.
"Kremlin mengetuai perang hibrid. Perang ini menggabungkan keganasan bersenjata dengan pembohongan.
"Keselamatan Rusia kononnya selama bertahun-tahun telah terancam. Itu palsu.
"Kremlin cuba dan sia-sia, saya harap, untuk menggerakkan seluruh dunia menentang musuh khayalan.
"Sama sekali tiada siapa yang mengancam, menyerang atau menyerang Rusia.
"Dan tiada siapa, sama sekali tiada siapa di Eropah yang mahukan konflik dengan Rusia," kata Michel.
Michel juga mendesak pembaharuan dalam Majlis Keselamatan dan menggesa agar Rusia digantung kerana menggunakan kuasa veto selepas menyerang Ukraine.
Topic Berkaitan
#UNGA
#Charles Michel
#pencerobohan Rusia ke atas Ukraine
#Majlis Keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan