Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat

Menurut bomba, kejadian melibatkan dua mangsa, iaitu seorang wanita berusia 27 tahun yang cedera pada bahagian kepala, manakala seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan selamat.
KUANTAN: Seorang wanita cedera selepas pokok tumbang menghempap kenderaan yang dinaikinya dalam kejadian di Kampung Pantai Sepat, Jalan Penor, di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bergerak ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi pada 9.41 malam, kami mendapati sebahagian dahan pokok telah menghempap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kejadian itu melibatkan dua mangsa, iaitu seorang wanita berusia 27 tahun yang cedera pada bahagian kepala, manakala seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan selamat, kedua-duanya telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.
"Wanita yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) JBPM sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


