awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA ke-78: Anwar gesa PBB selesaikan isu Rusia-Ukraine, penjarahan di Palestin

Fareez Azman
Fareez Azman
22/09/2023
15:45 MYT
UNGA ke-78: Anwar gesa PBB selesaikan isu Rusia-Ukraine, penjarahan di Palestin
Konflik yang berterusan tanpa sebarang rundingan aman antara Ukraine dan Rusia membawa kepada krisis makanan dunia. - AP
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari penyelesaian konflik antara Rusia dan Ukraine.
Jelas Anwar, konflik yang berterusan tanpa sebarang rundingan aman antara dua buah negara itu membawa kepada krisis makanan dunia.
"Konflik di Ukraine, sebagai contoh, menggariskan betapa pentingnya usaha mencari jalan damai dan menyelesaikan perbezaan secara baik melalui rundingan.
"Namun begitu, masa tidak berpihak kepada kita dan disebabkan kegagalan untuk menangani krisis ini, saya menggesa usaha pelbagai hala secara bersepadu diketuai oleh PBB untuk menyelesaikannya," katanya.
Tegas Anwar, adalah penting semua pihak kembali kepada meja rundingan dan dialog bagi menangani perselisihan yang berlaku antara dua negara itu.
"Kita tidak boleh memilih jiran kita, tetapi kita boleh memilih untuk hidup aman dengan mereka. Kedamaian tidak boleh berlaku tanpa menghentikan permusuhan oleh semua pihak," kata beliau.
Anwar menekankan, konflik Rusia-Ukraine telah menyebabkan seluruh dunia berdepan kenaikan harga makanan yang membawa kepada krisis kekurangan makanan dan kelaparan, seterusnya isu kekurangan zat makanan, dan putus asa," katanya.
Dalam ucapan itu juga, Perdana Menteri turut menyeru masyarakat antarabangsa agar terus lantang membantah penjarahan dan penempatan haram rejim Zionis di wilayah Palestin.
Tegasnya, isu terbabit adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa serta hak rakyat negara itu.
"Di Timur Tengah, politik perampasan diteruskan dengan lebih banyak pembinaan petempatan haram, melucutkan tanah rakyat Palestin yang sepatutnya kepunyaan mereka.
"Ini merupakan pelanggaran berat terhadap undang-undang antarabangsa. Ia juga menimbulkan halangan besar kepada penyelesaian 'dua negara', apatah lagi ketika pembunuhan berterusan.
"Terdapat juga kemunafikan yang nyata dalam menangani masalah isu Palestin. Masyarakat antarabangsa mesti bersuara menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, sebagaimana mereka bersungguh-sungguh bersuara tentang hak asasi manusia, ketidakadilan dan rejim-rejim yang menindas," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#UNGA
#PBB
#Ukraine
#Rusia
#Palestin
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan