KUALA LUMPUR: Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu senada dalam usaha menghentikan keganasan di seluruh pelusuk dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya pada sesi Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76 di New York hari ini, menerusi rakaman video.
Perdana Menteri berkata, adalah malang bagi dunia ini kerana masih jauh daripada usaha merealisasikan impian gencatan senjata global ekoran banyak lagi tempat masih tidak stabil.
"Malaysia akan terus melakukan apa yang terdaya dalam memupuk keamanan dan mencegah konflik menerusi dasar luarnya.
"Sehubungan itu, Malaysia turut mengukuhkan komitmennya terhadap keamanan, keselamatan dan kemakmuran global dengan terus menerajui usaha mengeluarkan Kenyataan Bersama mengenai gencatan senjata global pada Jun tahun ini," katanya.
Ismail Sabri berkata, Malaysia sentiasa mengambil pendirian teguh terhadap sebarang usaha dan inisiatif bagi kewujudan bersama secara aman antara negara-negara dunia, hidup harmoni berbilang kaum, kepercayaan dan agama.
Mengulas lanjut mengenai gencatan global serta konflik di Myanmar sejak tentera merampas kuasa daripada kerajaan awam pada 1 Februari lalu, beliau berkata, Malaysia bimbang dengan keadaan yang berlaku di sana.
"Malaysia bimbang terutamanya mengenai situasi kemanusiaan di sana, kini diburukkan lagi dengan sistem penjagaan kesihatan Myanmar yang bergelut dengan pandemik COVID-19.
"Amat penting supaya bantuan dapat sampai kepada mereka yang memerlukan," kata Ismail Sabri, sambil menambah, Malaysia ketika ini menempatkan 154,000 pelarian Myanmar atau 84 peratus daripada populasi pelarian dari negara itu.
Beliau berkata, Malaysia menyokong kuat usaha yang dilakukan Duta Khas ASEAN ke Myanmar, tetapi tetap berasa bimbang kerana pihak berkuasa negara itu belum lagi memberi kebenaran untuk utusan berkenaan melawat ke sana.
"Kami mendesak pihak berkuasa memberi kebenaran dan membantu Duta Khas ini menjalankan tugasnya serta mempercepatkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara yang sudah dipersetujui ASEAN," katanya.
Sebanyak 10 negara anggota blok serantau itu melantik Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof menjadi duta khas ASEAN ke Myanmar, berperanan sebagai orang tengah serta mengatur proses dialog.
Menyentuh isu Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Perdana Menteri berkata, Malaysia amat kecewa dan dukacita disebabkan ramai orang awam Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh akibat serangan kejam Israel pada Mei lalu.
"Kezaliman sistematik ke atas penduduk Palestin sejak sekian lama menerusi dasar diskriminasi, mengetepikan hak asasi rakyat, mengenakan peraturan kejam, rampasan tanah besar-besaran serta perlakuan tidak berperikemanusiaan ke atas mereka, jelas menunjukkan ia jenayah aparteid." katanya.
Selain itu, Malaysia mengulangi gesaannya kepada Israel supaya dipertanggungjawabkan terhadap segala salah laku, termasuk tindakan rejim itu yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa.
Malaysia turut mengalu-alukan pembentukan sebuah suruhanjaya siasatan antarabangsa oleh Majlis Hak Asasi Manusia, bagi menyiasat pencabulan undang-undang hak asasi antarabangsa berhubung krisis 11 hari itu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Perdana Menteri berkata, Malaysia amat kecewa dan dukacita disebabkan ramai orang awam Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh akibat serangan kejam Israel pada Mei lalu. - Gambar fail/ Reuters
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Masters Sepanyol: Jun Hao, Wan Arif-Roy King teruskan cabaran
Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.