awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru

Bernama
Bernama
24/12/2025
14:30 MYT
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Forest City berpotensi untuk menjadi lokasi 'urban dispersal' atau penyuraian kepadatan di kawasan bandar raya Johor Bahru ke lokasi pinggir bandar. - Gambar fail/DagangNews
ISKANDAR PUTERI: Forest City yang telah diumum sebagai Zon Kewangan Khas (SFZ), bukan sahaja berpotensi menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di selatan tanah air, malah mampu membantu mengurangkan kesesakan trafik serta kepadatan penduduk di bandar raya Johor Bahru.

Ringkasan AI
  • Forest City diumumkan sebagai Zon Kewangan Khas (SFZ), berpotensi menjadi pemangkin ekonomi di selatan Malaysia serta dapat mengurangkan kesesakan trafik di Johor Bahru.
  • RTS Link dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027 dengan kapasiti 10,000 penumpang setiap jam, membuka peluang pertumbuhan bagi Forest City sebagai penyelesaian kepada masalah trafik.
  • Forest City perlu mempromosikan pembelian hartanah, tarikan pelabur utama, dan menawarkan pelbagai kemudahan umum untuk menarik orang ramai tinggal di kawasan ini, membantu memastikan kesinambungan pembangunan serta penciptaan peluang pekerjaan tempatan.

Potensi tersebut menjadi lebih penting apabila mod pengangkutan baharu yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura iaitu Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027 dengan kapasiti penumpang seramai 10,000 orang setiap jam.
Pengarah Research Institute for Sustainable Environment (RISE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ts Dr Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein berkata Forest City yang merupakan sebahagian daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh dibangunkan sebagai penyelesaian kepada isu berkenaan.
Beliau berkata masalah kesesakan trafik serta kepadatan penduduk di bandar raya Johor Bahru boleh dikurangkan sehingga 25 peratus dalam tempoh kurang 10 tahun, sekiranya Forest City dan kerajaan negeri menjalin kerjasama strategik bagi tujuan tersebut.
"Forest City berpotensi untuk menjadi lokasi 'urban dispersal' atau penyuraian kepadatan di kawasan bandar raya Johor Bahru ke lokasi pinggir bandar, boleh dikatakan 80 peratus fasiliti dan kemudahan infrastruktur bagi menjayakan perkara tersebut telah lengkap tersedia.
"Apa yang perlu ditambah adalah satu hab yang menghubungkan pelbagai mod pengangkutan seperti lebuh raya, perkhidmatan bas ulang-alik ke lokasi tumpuan berhampiran, laluan pejalan kaki serta pelbagai bentuk pengangkutan lain termasuk teksi air iaitu pengangkutan feri Ro-Ro dan tren seperti Aliran Transit Automasi Bertingkat (E-ART) serta Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR)," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Muhammad Zaly Shah yang juga Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM) berkata Forest City juga perlu aktif dalam mempromosikan kempen pembelian hartanah dan kediaman di kawasan berkenaan khususnya dalam kalangan rakyat tempatan.
"Bagi memastikan pembangunan Forest City sebagai sebuah bandar raya baharu di negeri ini berjaya, mereka perlu wujudkan permintaan dengan menjemput kemasukan pelabur-pelabur atau syarikat berjenama utama yang mampu menarik kedatangan pengunjung ke kawasan tersebut.
"(Oleh itu), wujud peluang pekerjaan baharu buat penduduk tempatan dengan pelbagai tarikan serta kemudahan umum yang mampu menarik orang ramai untuk terus menjadikan kawasan itu sebagai kediaman keluarga dan bukan sahaja sebagai kawasan bekerja.
"Sekiranya ini berhasil, Forest City akan menjadi destinasi tumpuan bukan sahaja bagi kemasukan pelabur antarabangsa tetapi juga satu kawasan kediaman yang menyediakan keseimbangankerja dan kehidupan kepada mereka yang bekerja dan tinggal di kawasan ini," katanya.
Beliau berkata Forest City ketika ini adalah satu kawasan pembangunan yang futuristik melangkaui zaman namun dengan perancangan rapi, ia mampu dibangunkan sebagai satu hab ekonomi dan penempatan utama di selatan tanah air.
Pada pada 13 Nov lepas, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan kebimbangan dan bertitah agar kerajaan Persekutuan mencari penyelesaian segera kepada masalah pengangkutan yang dijangka berlaku termasuk dengan pembinaan sistem penyuraian trafik seperti E-ART.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga bertitah supaya projek HSR dapat dihidupkan semula dan jajarannya melintasi Forest City.
Muhammad Zaly Shah turut memberi cadangan agar satu lagi tambahan stesen dibuat di Pontian bagi menyokong pertumbuhan Forest City sebagai SFZ dan JS-SEZ sekali gus menjadi tarikan terhadap kemasukan pelaburan asing dan perpindahan penduduk ke sekitar Forest City dan Iskandar Puteri.
"Menerusi kerjasama strategik, Forest City boleh menyediakan lokasi terbaik, manakala kerajaan pula boleh menyuntik dana bagi pembinaan infrastruktur yang berkepentingan awam sekali gus mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak terlibat termasuklah pengguna yang merupakan rakyat tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JS-SEZ
#Forest City
#kesesakan trafik
#pejalan kaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan