awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNRWA: Maklumat bantuan ke Gaza mengelirukan, hanya 9 peratus keperluan dipenuhi

Bernama
Bernama
01/06/2025
20:00 MYT
UNRWA: Maklumat bantuan ke Gaza mengelirukan, hanya 9 peratus keperluan dipenuhi
UNRWA menegaskan bahawa bakul makanan yang diagihkan hanya merangkumi sebahagian kecil daripada keperluan lebih dua juta penduduk. - Foto fail/AP
RAMALLAH: Penasihat media kepada Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Adnan Abu Hasna pada Ahad menyatakan bahawa maklumat yang tersebar luas mengenai jumlah bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza adalah mengelirukan.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Abu Hasna menegaskan bahawa bakul makanan yang diagihkan hanya merangkumi sebahagian kecil daripada keperluan lebih dua juta penduduk.
Dalam wawancara bersama Radio Voice of Palestine, Abu Hasna menjelaskan bahawa hanya 800 trak bantuan berjaya memasuki Gaza dalam tempoh 17 hari, yang hanya memenuhi sembilan peratus daripada keperluan asas penduduk.
Beliau memberi amaran bahawa kebuluran dan kekurangan zat makanan semakin meningkat dengan cepat manakala Gaza berdepan sistem kesihatan yang runtuh dan pencemaran air yang meluas -- satu daripada detik paling gelap dalam kehidupan penduduknya.
Abu Hasna turut menekankan usaha berterusan Israel untuk membubarkan UNRWA dan menggantikannya dengan sistem alternatif yang tidak mempunyai keupayaan operasi dan infrastruktur yang mencukupi.
Beliau menyatakan bahawa walaupun UNRWA sebelum ini mengendalikan bantuan melalui 400 pusat pengagihan, namun sistem semasa hanya beroperasi dengan tiga hingga empat sahaja, menjadikan penghantaran bantuan yang berkesan hampir mustahil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNRWA
#bantuan
#Gaza
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami