awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di Asia Barat

Bernama
Bernama
17/11/2024
05:45 MYT
UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di Asia Barat
Serangan Israel sejak 7 Okt 2023 telah meragut lebih 43,700 nyawa dan menyebabkan Semenanjung Gaza hampir tidak dapat didiami. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin mengenai situasi di Asia Barat.
Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), taklimat bertajuk "Ending the War and Securing a Lasting Peace" itu akan dipengerusikan oleh Setiausaha Luar United Kingdom (UK) David Lammy.
Majlis itu akan mendengar taklimat daripada Penyelaras Khas untuk Proses Keamanan Timur Tengah Tor Wennesland.
UK, yang mempengerusikan Majlis bulan ini telah menyediakan nota konsep untuk sesi itu pada Isnin yang menyatakan bahawa menamatkan perang di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta memberi tumpuan kepada memastikan ketenangan serantau yang lebih luas melalui penamatan konflik.
Menurut nota konsep, sesi itu memberi peluang untuk merenung bagaimana Majlis boleh "menyuntik momentum yang diperbaharui ke dalam usaha untuk menamatkan konflik di rantau ini, dan membincangkan bagaimana pengakhiran konflik boleh mewakili titik perubahan yang akan meletakkan rantau ini pada laluan ke arah masa depan yang stabil dan selamat berdasarkan penyelesaian dua negara."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNSC
#Gaza
#Israel
#UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan