awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unsur sabotaj punca kebakaran kem Rohingya di Cox's Bazar

Bernama
Bernama
13/03/2023
07:32 MYT
Unsur sabotaj punca kebakaran kem Rohingya di Cox's Bazar
Penyiasat menemu bual 75 orang, termasuk sekurang-kurangnya 50 Rohingya yang mendakwa kumpulan lawan bertindak membakar khemah. - Gambar/ Reuters
DHAKA: Kejadian kebakaran di tenggara Bangladesh baru-baru ini mempunyai unsur sabotaj hingga menyebabkan beribu-ribu penduduk Rohingya hilang tempat tinggal, menurut siasatan rasmi.
Kebakaran pada 5 Mac melanda Kem 11 di Cox's Bazar, sebuah daerah yang menempatkan lebih sejuta penduduk Rohingya yang melarikan diri dari tindakan keras tentera Myanmar pada 2017, lapor Agensi Anadolu.
"Kami bertemu pelarian Rohingya dan percaya bahawa ia adalah sabotaj yang dirancang," Abu Sufian yang mengetuai suruhanjaya penyiasat memberitahu sidang media pada Ahad.
Penyiasat menemu bual 75 orang, termasuk sekurang-kurangnya 50 Rohingya yang mendakwa kumpulan lawan bertindak membakar khemah.
"Sekurang-kurangnya lima kawasan terbakar dalam tempoh yang singkat.
"Insiden tembakan dan pertempuran dilaporkan tercetus sehari sebelum kejadian bagi menguasai kem itu," kata Abu Sufian.
Insiden terbaharu itu menyebabkan hampir 16,000 pelarian hilang tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran kem pelarian
#Cox's Bazar
#pelarian Rohingya
#sabotaj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan