Satu upacara khas mengenang setahun berlakunya nahas pesawat Penerbangan Malaysia, MH17, berlangsung di Dewan Rakyat Canberra, Australia hari ini.
Turut hadir ialah Perdana Menteri Australia, Tony Abbot.
Abbot turut meletakkan plak yang tertera nama mangsa warga Australia yang terkorban dalam nahas pesawat yang terhempas pada 17 Julai tahun lalu di Donetsk, timur Ukraine.
"Nama-nama warga Australia yang terbunuh dalam nahas itu diukir pada plak khas sebagai memberi penghormatan dan mengenang mereka yang telah tiada," katanya.
BACA: Malaysia desak penubuhan tribunal antarabangsa MH17
BACA: 'Hidup diselubungi pilu, menempuh yang tak terduga' - Balu juruterbang MH17
BACA: Setahun MH17: Kebenaran dan keadilan akan terus dicari - Najib
Turut memberi penghormatan ialah anggota keluarga mangsa serta ahli ahli politik.
Pesawat Boeing 777-200 dengan 298 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, keluarga mangsa MH17 di Malaysia turut merasa keperitan untuk menerima takdir kehilangan mereka.
Ini kerana, sehingga kini, masih belum ada kepastian siapa individu atau pihak yang bertanggungjawab di sebalik insiden tersebut atau sama ada mereka akan dibawa ke muka pengadilan?
Juga persoalan bagaimana pesawat Boeing 777 terbang di lokasi zon perang?
Bagi ahli keluarga ketua pramugari, Dora Shahila Kassim, mereka antara yang sukar untuk menerima hakikat kejadian itu.
Ibu kepada Allahyarham Dora, Hasnah Mohammad Yusof mengakui bukan mudah untuk dirinya meneruskan kehidupan selepas insiden berkenaan.
"Adalah tidak baik untuk saya menganggap Dora masih hidup. Betul bukan?"
"Tapi saya tidak mampu untuk melupakan segalanya, kerana tiada majlis perpisahan dilakukan buatnya (Dora), saya tidak sempat untuk memeluk Allahyarham Dora untuk kali terakhir selain tidak dapat melihat wajahnya," ujarnya lagi.
Dora, seorang ibu tunggal meninggalkan seorang anak perempuan Nur Diyana Yazeera, berumur 16 tahun .
Dalam nada sedih, Diyana memberitahu, ibunya menjadi individu paling rapat dalam hidupnya kerana dia membesar tanpa ayah.
"Ibu adalah rakan paling rapat dengan saya," katanya.
Menurut laporan, lebih ramai keluarga mangsa akan berkumpul di Belanda pada Jumaat.
Laporan siasatan jenayah yang diketuai Belanda dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
Agensi
Fri Jul 17 2015
Perdana Menteri Australia Tony Abbot turut meletakkan plak yang tertera nama mangsa warga Australia yang terkorban dalam nahas pesawat. - Foto AFP
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
3 cedera ditikam di Universiti Kebangsaan Australia
Tiga individu telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan berikutan insiden tikam yang didakwa berlaku di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) pada Isnin.
Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Canberra memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan COVID-19 di wilayah itu.
COVID-19: Satu kes dilaporkan, Canberra kuat kuasa perintah berkurung
Canberra, Sydney, Melbourne dan beberapa bandar di New South Wales akan menguatkuasakan perintah berkurung susulan penularan varian Delta.
Rakyat Malaysia 'Uncle Hashim' dianugerah pingat Order of Australia
Di Australia, Uncle Hashim atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hashim boleh dianggap sebagai individu yang agak terkenal.
COVID-19: PM Australia sokong langkah Victoria perketat sekatan
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyatakan sokongan terhadap keputusan pemerintah Victoria untuk mengetatkan sekatan COVID-19.
Australia pertimbang tawar perlindungan kepada penduduk Hong Kong
Meskipun tindakan itu mungkin mengeruhkan lagi ketegangan dengan China, keadaan di Hong Kong kini amat membimbangkan.
Kebakaran hutan Australia: Pelajar Malaysia panik langit bertukar jingga di Canberra
Pelajar Malaysia yang menetap di Canberra, Australia, berkongsi detik cemas yang dialaminya susulan kebakaran hutan di benua tersebut.
Remaja maut papan selaju: Keluarga masih tunggu bantuan Wisma Putra
Selepas lebih 24 jam Mohammad Farhan Fudhail menemui ajal semasa bermain papan selaju di Australia, pihak keluarganya masih menunggu bantuan Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.
Kanggaru lapar berkeliaran di bandar Canberra
Penduduk memuat naik gambar dan video menunjukkan kanggaru yang dilihat berkeliaran di luar habitat mereka di kawasan bandar dan perumahan.
Rusia selar tindakan Australia usir dua diplomatnya
Kedutaan Rusia di Canberra menuding jari terhadap Australia yang mengikuti United Kingdom (UK) secara membabi buta untuk mengusir dua diplomat Rusia, hari ini.