awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uruguay adakan pilihan raya presiden dan parlimen

Bernama
Bernama
27/10/2024
12:25 MYT
Uruguay adakan pilihan raya presiden dan parlimen
Menurut tinjauan, rakyat Uruguay mahu keadaan keselamatan, ekonomi dan ketersediaan pekerjaan diberi perhatian oleh kerajaan. - AP
BUENOS AIRES: Rakyat Uruguay keluar mengundi bagi memilih presiden baharu mereka pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut tinjauan terkini, Yamandu Orsi daripada pakatan sayap kiri Frente Amplio mendahului pesaingnya Alvaro Delgado daripada parti pemerintah konservatif, Partido Nacional.
Seramai 11 calon bersaing untuk jawatan presiden. Penyandang Luis Lacalle Pou dilarang perlembagaan Uruguay daripada bertanding semula.
Jika tiada calon mencapai majoriti mutlak, dua calon yang memperoleh undian terbanyak akan bertanding pada pemilihan akhir pada 24 November.
Sekiranya dipilih, Orsi daripada parti haluan kiri berikrar mahu memerangi kemiskinan di negara kecil Amerika Selatan yang mempunyai kira-kira 3.4 juta penduduk ini dan mengambil tindakan tegas terhadap rasuah.
Delgado yang konservatif pula mengumumkan, dia akan meneruskan dasar kerajaan sebelum ini dan mengurangkan birokrasi.
Menurut tinjauan, rakyat Uruguay mahu keadaan keselamatan, ekonomi dan ketersediaan pekerjaan diberi perhatian oleh kerajaan.
Selain pemilihan presiden, kesemua 30 senator dan 99 ahli parlimen juga akan dipilih pada Ahad.
Terdapat juga dua referendum untuk diundi : satu untuk menurunkan umur persaraan daripada 65 kepada 60 tahun dan satu lagi, untuk membenarkan polis menggeledah rumah persendirian pada waktu malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Uruguay
#presiden
#Parlimen
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan