awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar

Bernama
Bernama
24/04/2025
22:15 MYT
Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Yunus memohon sokongan penuh Qatar dari segi diplomatik, kewangan dan pelaburan untuk membina "Bangladesh Baharu". - Foto X/Chief Adviser of the Government of Bangladesh
NEW DELHI: Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.
Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus dan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, mengadakan pertemuan di Doha pada Khamis bagi memperkukuh kerjasama dua hala.
Yunus memohon sokongan penuh Qatar dari segi diplomatik, kewangan dan pelaburan untuk membina "Bangladesh Baharu", menurut satu kenyataan.
"Kami perlukan sokongan untuk membina negara impian belia kami," kata Yunus kepada Sheikh Mohammed.
Bangladesh sedang melaksanakan pelbagai pembaharuan selepas penyingkiran Sheikh Hasina sebagai perdana menteri menerusi kebangkitan massa yang diketuai oleh pelajar pada tahun lepas.
Bangladesh turut memohon sokongan Qatar dalam usaha memudahkan kepulangan pelarian Rohingya ke tanah air mereka di Myanmar secara bermaruah.
Perdana Menteri Qatar menggesa Bangladesh menghantar pasukan teknikal ke Qatar bagi mengadakan perbincangan mengenai pelbagai bidang kerjasama.
Yunus dalam lawatan empat harinya ke Qatar yang bermula Isnin, diiringi oleh pegawai kanan termasuk Penasihat Hal Ehwal Luar Touhid Hossain, Penasihat Tenaga Fouzul Kabir Khan dan Penasihat Keselamatan Negara, Khalilur Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Yunus
#Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani
#program pembaharuan
#kerjasama dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan