awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha pemulihan Fukushima terima pengiktirafan dunia - Menteri Jepun

Bernama
Bernama
06/12/2022
05:36 MYT
Usaha pemulihan Fukushima terima pengiktirafan dunia - Menteri Jepun
J-Village menjadi simbol pemulihan dan pembinaan semula di Fukushima. - Foto: J-Village.jp
FUKUSHIMA: Pembukaan semula J-Village iaitu pusat latihan bola sepak kebangsaan pertama Jepun menjadi bukti pemulihan berterusan di Fukushima selepas gempa bumi melanda kawasan itu pada 2011.
Menteri Pembinaan Semula Jepun, Takeya Toshiko berkata J-Village simbol kepada usaha pemulihan di Fukushima dan pusat itu kini tumpuan dunia apabila ia menjadi lokasi permulaan bagi larian obor Sukan Olimpik Musim Panas dan Paralimpik 2020 yang diadakan di Tokyo.
"J-Village menjadi simbol pemulihan dan pembinaan semula di Fukushima. Bagaimanapun, arahan untuk berpindah masih dikekalkan di beberapa kawasan sekitar bencana kerana ia menimbulkan pelbagai cabaran dan kami sedang dalam proses pembinaan semula," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan pada majlis makan malam yang diadakan untuk delegasi Mesyuarat keempat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun di J-Village di sini, Isnin.
Pada 1997, J-Village telah diasaskan sebagai Pusat Latihan Bola Sepak Kebangsaan yang pertama di negara ini.
Susulan kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda timur Jepun pada 2011, tempat itu dijadikan sebagai pangkalan sokongan selepas kemalangan loji tenaga nuklear dan tidak lagi berfungsi sebagai pusat bola sepak.
Bagaimanapun, pada Julai 2018 J-Village dibangunkan semula bagi memenuhi tujuan asalnya dan kembali berperanan sebagai pusat kemudahan kem latihan dan kejohanan bagi Nadeshiko Jepun dan pasukan kebangsaan membabitkan pelbagai peringkat umur.
Takeya berkata kerosakan Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi akibat kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac 2011 memaksa penduduk meninggalkan kediaman mereka untuk tempoh yang panjang.
Sehubungan itu, kerajaan Jepun akan mengambil langkah konkrit untuk memastikan kepulangan penduduk, selain membina industri dan mewujudkan sumber mata pencarian secara berperingkat, katanya.
"Tahun depan, kami akan membuka Institut Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Fukushima dalam membasmi persepsi salah berkaitan dengan bencana nuklear," katanya.
Terdahulu, rombongan delegasi itu melawat Terra Labo iaitu sebuah syarikat dron terkemuka yang terletak di Minamisoma City di Fukushima.
Kawasan yang terbuka luas dan hangar digunakan oleh Terra Labo bagi membangunkan pesawat dron mereka sendiri untuk meninjau dan mengumpul maklumat semasa pengurusan bencana dan operasi.
Dron berkenaan boleh membawa sehingga 10 kilogram (kg) dan boleh dikonfigurasikan dengan pelbagai sensor dan kamera untuk tujuan berbeza.
Kumpulan itu turut melawat Pusat Ujian Robot Fukushima - sebuah kompleks milik kerajaan wilayah Fukushima.
Mereka turut melawat Muzium Peringatan Gempa Bumi dan Bencana Nuklear di Timur Jepun.
Delegasi itu terdiri wakil dari 10 negara anggota ASEAN termasuk tiga petugas media dari Malaysia, Filipina dan Kemboja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fukushima
#pemulihan
#gempa bumi
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan