awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan China bangunkan patung seks AI

Agensi
Agensi
26/07/2018
05:36 MYT
Usahawan China bangunkan patung seks AI
Penampilan patung itu juga boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna seperti ketinggian, warna rambut dan juga warna mata. - Reuters
Ketika Beijing berusaha untuk menjadi pusat kepada pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI), ramai usahawan di China mula mengambil peluang.
WMDoll, salah sebuah pembuat patung seks terbesar China yang berpusat di tenggara Guangdong telah membangunkan produk patung seks yang mempunyai keupayaan AI bagi berkomunikasi dengan pelanggannya.
Pengguna boleh 'berbual' dengan patung seks berkenaan yang mampu memberi ekspresi mata dan lengan.
Penampilan patung itu juga boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna seperti ketinggian, warna rambut dan juga warna mata.
Ciri-ciri AI untuk patung seks ini juga masih bersifat asas kerana patung berkenaan hanya mampu menjawab soalan tetapi tidaklah mampu untuk mengadakan perbualan yang lebih lama.
Ini kerana kesemua perbendaharaan kata dimasukkan melalaui pangkalan data syarikat teknologi, Baidu.
Walau bagaimanapun, ciri-ciri ini agak sukar untuk diperbaiki memandangkan kebanyakan pakar tidak berminat untuk meletakkan usaha dalam pembangunan teknologi membabitkan produk peralatan seks.
WMDoll telah menjual 20 anak patung AI pada harga antara 10,000 Yuan (RM5,994) ke 50,000 Yuan (RM29,971) berbanding jualan tahunan mereka sebelum ini iaitu sebanyak 20,000 patung.
Syarikat ini juga berharap untuk cuba menembusi pasaran Amerika Syarikat serta negara lain melalui produk ini.
Topic Berkaitan
#artificial intelligent
#China
#kecergasan buatan
#keperluan seks
#maksud AI
#patung seks
#WMDoll
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan