USMAN Khan, 28 tahun, dinamakan sebagai suspek dalang di sebalik serangan tikaman di London Bridge pada Jumaat, yang meragut dua nyawa, menurut kenyataan terbaharu oleh pihak polis.
Asisten Komisioner Polis Metropolitan Neil Basu pada jam 12.30 malam waktu tempatan mengumumkan, siasatan kini sedang dijalankan di satu lokasi terletak di Staffordshire.
“Suspek dikenali oleh pihak berkuasa dan pernah dijatuhkan hukuman pada 2012 untuk kesalahan berkaitan keganasan,” kata Neil.
“Dia dibebaskan dari penjara pada Disember 2018 dengan bersyarat (released on licence). Jelasnya, objektif utama siasatan adalah untuk menentukan bagaimana dia boleh menjalankan serangan ini.”
Akhbar The Times of London melaporkan, suspek, yang telah ditembak mati polis, pernah terlibat dalam insiden menikam beberapa orang di persidangan kriminologi di London.
Serangan di London Bridge yang menyaksikan tiga maut termasuk suspek, digambarkan oleh pihak polis bermotifkan keganasan.
“Saya amat berduka cita dan marah kerana bandar kita sekali lagi menjadi sasaran terorisme,” umum Komisioner Polis Metropolitan London, Cressida Dick.
BACA: Serangan di London Bridge: Tiga maut termasuk suspek
Selain suspek, dua orang awam maut dipercayai akibat ditikam suspek manakala tiga yang lain cedera dan sedang menerima rawatan di hospital.
Menurut Cressida, serangan itu bermula di Fishmonger’s Hall di bandar raya London.
Susulan itu, polis dihubungi pada 1.58 petang waktu tempatan dan berjaya menangani suspek hanya 5 minit kemudian pada 2.03 petang.
“Kami melihat kes ini sebagai satu insiden keganasan. Memerangi keganasan itu memerlukan usaha dan keazaman daripada semua pihak,” kata beliau.
Tambahnya, “Ideologi keganasan itu tidak menawarkan apa-apa selain kebencian dan saya menggesa agar semua orang menolaknya.”
Siasatan ke atas insiden di London Bridge mendapati bahawa suspek turut memakai vest bersertakan alat letupan yang disahkan palsu.
Sebelum ini, alat letupan palsu turut pernah digunakan dalam serangan berkaitan dengan kumpulan pengganas Daish, termasuk di London Bridge dan Barcelona, Sepanyol pada 2017 serta beberapa insiden lain di Perancis.
Menurut pakar, memakai ‘vest bunuh diri’ palsu merupakan cara untuk pengganas memastikan mereka dibunuh oleh polis, tanpa perlu meletupkan diri.
Ia sekaligus memastikan mereka tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak polis.
Pada Jun 2017, jambatan tersebut pernah menyaksikan insiden tembakan oleh tiga ahli kumpulan pengganas di dalam sebuah van dan melepaskan tembakan rambang terhadap orang ramai sehingga meragut lapan nyawa.
Awal tahun ini, Britain menurunkan tahap ancaman keganasan nasionalnya kepada "kukuh" daripada "teruk" iaitu tahap paling rendah sejak 2014.
Nailah Huda
Sat Nov 30 2019

Neil Basu bercakap pada sidang media menamakan Usman Khan sebagai suspek di sebalik serangan di London Bridge pada Jumaat. Foto Polis Metropolitan UK

Cuaca Panas & Kering | 12 titik panas mudah terbakar di Melaka
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka mengenal pasti 12 titik panas yang mempunyai potensi tinggi untuk terbakar ketika musim panas dan kering sekarang. Pengarah JBPM Negeri Melaka, Abu Obaidat Mohamad berkata, kebanyakan kawasan yang dikenal pasti merupakan kawasan tanah gambut yang terletak di daerah Jasin.

Sidang Parlimen | Tiada keperluan lagi - Takiyuddin
Tiada keperluan lagi untuk memanggil Sidang Parlimen dalam tempoh proklamasi darurat, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu, Persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa negara sebelum menasihati Yang Di-Pertuan Agong. Perkara tersebut turut termaktub dalam sekysen 14 (1) ordinan darurat (kuasa-kuasa perlu) termasuk untuk prorog Parlimen.

Vaksin COVID-19 | Tidak harus benarkan hospital swasta menjual
Kerajaan tidak seharusnya berkompromi dengan cadangan membenarkan hospital swasta untuk memberi vaksin COVID-19 kepada golongan berkemampuan.

Suntikan Vaksin | Denda sehingga RM10,000 jika potong barisan
Individu yang didapati memotong barisan untuk menjadi penerima awal suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah seksyen 21A - arahan Ketua Pengarah.

PKPD di tujuh blok rumah pangsa, perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh blok rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya.

COVID-19: Individu divaksinasi bakal terima Sijil Vaksinasi Pintar - Menteri Kesihatan
Sijil berkenaan akan berfungsi sebagai dokumen pengesahan kepada individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Usah benarkan hospital swasta jual vaksin COVID-19 ketika ini - Pakar
Kerajaan tidak harus berkompromi dengan cadangan membenarkan hospital swasta menjual vaksin COVID-19 kepada golongan berkemampuan.

AWANI Ringkas: Dadah: Lebih lima VVIP dalangi sindiket | Sindiket: PDRM digesa siasat penguat kuasa

Kuasa 'pawri': Video 5 saat di media sosial 'sejukkan' hubungan India-Pakistan
Video pendek Dananeer Mobeen menjadi sohor dan digunakan oleh pengguna media sosial, termasuk golongan selebriti dan ahli politik.

Perkasa undang-undang, persepsi 'rasuah tidak salah' perlu ditukar - Penganalisis
Akta dan undang-undang yang ada di Malaysia ketika ini sudah cukup kuat namun persepsi salah terhadap rasuah menyukarkan keadaan.

Usman Khan dinamakan suspek serangan di London Bridge
Suspek pernah dijatuhkan hukuman pada 2012 atas kesalahan keganasan, namun dibebaskan dari penjara pada Disember 2018.

Serangan di London Bridge: Tiga maut termasuk suspek
Pihak polis dan stesen kereta api jambatan itu terpaksa menutup laluan jambatan terbabit bagi memudahkan proses siasatan.